Alhamdulillah, Maahad Tahfiz At-Tayyibah (MTT) berbesar hati menerima kehadiran guru-guru praktikal daripada Institut Muslim Cendekia (IMC), Indonesia sebagai sebahagian daripada program kerjasama pendidikan dan pembangunan dakwah antarabangsa.
Turut hadir ialah:
🔹 Dr. Syirojul Huda, Lc., M.Ag
Rektor Institut Muslim Cendekia (IMC)
Dekan Universiti Ar-Raayah, Sukabumi, Indonesia
Semoga kehadiran para guru praktikal ini menjadi medan perkongsian ilmu, pengalaman dan budaya yang bermanfaat, seterusnya mengeratkan ukhuwah Islamiah antara institusi pendidikan Malaysia dan Indonesia.
MTT mengalu-alukan kedatangan mereka serta mendoakan agar program ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang diharapkan.
Selamat datang ke Maahad Tahfiz At-Tayyibah! 🇲🇾🤝🇮🇩
#MaahadTahfizAtTayyibah #MTT #InstitutMuslimCendekia #IMC #GuruPraktikal #KerjasamaPendidikan #UkhuwahNusantara #MalaysiaIndonesia #Tahfiz #PendidikanIslam
















