Alhamdulillah, Maahad Tahfiz At-Tayyibah telah menerima sumbangan 5 unit komputer terpakai menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) hasil kerjasama Kolej Vokasional Shah Alam (KVSA) dan Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd.
Sumbangan ini merupakan satu inisiatif yang amat bermakna dalam membantu meningkatkan kemudahan teknologi di maahad, sekali gus menyokong urusan pentadbiran serta proses pembelajaran dan pembangunan kemahiran digital warga maahad.
Pihak Maahad Tahfiz At-Tayyibah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas keprihatinan serta sumbangan yang diberikan.
Semoga segala bentuk kebaikan dan jasa yang dicurahkan ini diterima sebagai amal soleh serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT. Didoakan agar hubungan kerjasama dan silaturahim ini terus berkekalan serta memberi manfaat kepada masyarakat dan ummah.
جزاكم الله خيرًا كثيرًا



