Careline:03 - 8920 1219/ 018 - 2375 891 Isnin - Jumaat: 8.30 pagi - 4.30 petang | Sabtu: 8.30 pagi - 1.00 petang

Post Page Advertisement [Top]

Pengenalan

Kepentingan ilmu dan amal bersumber kepada al–Quran dan as-Sunnah dalam pembinaan masyarakat yang menghayati Islam tidak dapat dinafikan sama sekali. Kealpaan kepada perkara ini juga telah membawa bencana sosial ke dalam kehidupan seharian. Menginsafi akan tanggungjawab untuk memperkasakan ummah, maka timbullah idea penubuhan Pusat Bahasa Arab dan Tahfiz Al-Quran At-Tayyibah oleh Ustaz Ja’afar bin Salleh.

        Penubuhan ini memberi penekanan kepada kaedah berdakwah dengan ilmu dan kebajikan. Penekanan mendidik jiwa menghayati akan tujuan dan hakikat kejadian insan serta mengenali diri dan mengenali Pencipta akan dilaksanakan melalui penerapan nilai-nilai Islam dalam diri. Sebagai permulaan, Maahad Tahfiz At-Tayyibah (MTT) menyasarkan penyebaran ilmu kepada masyarakat setempat dan pengkhususan kepada golongan muda yang minat kepada al-Quran dan Bahasa Arab untuk menuntut ilmu dan beramal dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

        Seterusnya, Insya-Allah pihak sekolah berusaha dalam menggiatkan dengan memperluaskan lagi golongan sasar seperti pembelaan terhadap anak yatim, golongan miskin, ibu tunggal dan masyarakat keseluruhannya. MTT sebagai Badan Pendidikan dan Dakwah untuk agama yang dicintai iaitu Islam. Pusat ini bergerak atas aspirasi Islam yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah dalam mengajak dan menyeru manusia dan masyarakat kepada Islam untuk membentuk peribadi yang utama dari segi aqidah, ibadah dan akhlak serta mengatur ketertiban hidup bermasyarakat dalam segala segi aspek kehidupan khususnya dalam bidang-bidang pendidikan, ilmu pengetahuan dan sosial.
 
        MTT juga turut diiktiraf oleh Jabatan dan Persatuan seperti berikut:
  • Jabatan Agama Islam Selangor
  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
  • Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor
  • Lembaga Zakat Selangor
  • Perbadanan Wakaf Selangor
  • Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia
  • Penolong Amil Zakat Selangor

Bottom Ad [Post Page]