Tarikh: 5 Ogos - 9 Ogos 2024 (Isnin hingga Jumaat)
Tempat: Surau Maahad Tahfiz At-Tayyibah
Dirasmikan oleh: Ustazah Adilah Hazirah (GPK Pentadbiran MTT) Minggu Bahasa Melayu telah diadakan di Maahad Tahfiz At-Tayyibah bermula 5 Ogos 2024 hingga 9 Ogos 2024. Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk membantu mempertingkatkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan anak-anak MTT. Antara aktiviti yang telah dijalankan bersempena Minggu Bahasa Melayu ialah Pertandingan Pisang Goreng Panas, Penulisan Karangan dan Rumusan, Daie Muda, Pidato dan Penulisan Cerpen. Semoga anak-anak MTT mendapat manfaat dan kebaikan daripada Minggu Bahasa Melayu ini.





