Tarikh: 15 Ogos 2024 (Khamis)
Tempat: Surau Maahad Tahfiz At-Tayyibah
Sesi taklimat ini bertujuan untuk memberikan penerangan mengenai peluang pendidikan dan biasiswa yang ditawarkan oleh MAIPS - KUIPS bagi pelajar-pelajar lepasan SPM termasuklah kursus-kursus yang tersedia, syarat-syarat kemasukan dan juga prospek kerjaya yang boleh diceburi oleh para pelajar lepasan SPM. Semoga anak-anak MTT mendapat manfaat dan kebaikan daripada program ini.





