Tarikh: 2 Ogos 2024 (Jumaat)
Tempat: Surau Maahad Tahfiz At-Tayyibah
Dirasmikan oleh: Tn. Idris bin Yaacob (Ahli Lembaga Pengarah MTT) Majlis ini merupakan satu pengiktirafan kepada para pelajar yang berjaya. Oleh itu, MTT mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah. MTT berharap agar kejayaan para pelajar ini akan berterusan dan akan menjadi pembakar semangat kepada para pelajar yang lain untuk sentiasa mempunyai sikap daya saing untuk mempertingkatkan mutu pencapaian mereka dalam bidang Hafazan al-Quran, akademik bahkan dalam bidang kokurikulum. Didoakan agar pelajar-pelajar akan terus melakar kejayaan yang bakal membanggakan diri, keluarga, maahad, masyarakat, bangsa dan negara.