Careline:03 - 8920 1219/ 018 - 2375 891 Isnin - Jumaat: 8.30 pagi - 4.30 petang | Sabtu: 8.30 pagi - 1.00 petang

Post Page Advertisement [Top]

SUMBER KEDUA SIRAH - SUNNAH YANG SAHIHAH - السنة النبوية الصحيحة










2- السنة النبوية الصحيحة:

السنة النبوية الصحيحة التي تضمنتها كتب أئمة الحديث المعترف بصدقهم والثقة بهم في العالم الإسلامي هي:
2. Sunnah yang Sahih

Sunnah Nabi s.a.w. yang sahih terkandung dalam kitab karangan para imam hadis yang
diakui kejujuran mereka lagi dipercayai di dunia Islam. Kitab-kitab itu ialah:
الكتب الستة: البخاري، ومسلم، وأبو داود، والنسائي، والترمذي، وابن ماجه. ويضاف إليها: موطأ الإمام مالك، ومسند الإمام أحمد، فهذه الكتب وخاصة البخاري ومسلم في الذروة العليا من الصحة والثقة والتحقيق، أما الكتب الأخرى، فقد تضمنت الصحيح والحسن، وفي بعضها الضعيف أيضا.
Kitab Sunan Sittah (enam buah kitab hadis): Iaitu kitab Sahih Bukhari, Sahih Muslim,
Sunan Abu Daud, Sunan an-Nasaie, Sunan at-Tirmizi dan Sunan Ibnu Majah. Begitu juga
kitab al-Muwatto' karangan Imam Malik dan Musnad Imam Ahmad. Kitab-kitab ini,
terutamanya Sahih Bukhari dan Sahih Muslim berada di tangga teratas dari aspek kesahihan,
dipercayai dan pembuktiannya. Sementara kitab-kitab lain mengandungi hadis-hadis sahih
dan hasan. Sesetengahnya juga mengandungi hadis daif.

من هذه الكتب التي حوت القسم الأكبر من حياة النبي صلى الله عليه وسلم، ووقائعه وحروبه، وأعماله، نستطيع أن نكون فكرة شاملة - وإن كانت غير متكاملة أحيانا - عن سيرة الرسول صلى الله عليه وسلم، ومما يزيد الثقة بها والاطمئنان إليها أنها رويت بالسند المتصل إلى الصحابة رضوان الله عليهم، وهم الذين عاشروا الرسول ولازموه، ونصر الله بهم دينه، وقد رباهم رسول الله صلى الله عليه وسلم على عينه، فكانوا أكمل أجيال التاريخ استقامة أخلاق وقوة إيمان، وصدق حديث، وسمو أرواح، وكمال عقول، فكل ما رووه لنا عن الرسول بالسند الصحيح المتصل يجب أن نقبله كحقيقة تاريخية لا يخالجنا الشك فيها.
Sebahagian besar kisah kehidupan Nabi s.a.w., peristiwa, peperangan dan amalan Baginda terkandung dalam kitab-kitab ini. Daripadanya, kita dapat membentuk pemikiran yang menyeluruh berkenaan Sirah Rasul s.a.w. (sekalipun ia kadang-kadang tidak saling melengkapi). Antara perkara yang meningkatkan kepercayaan dan penerimaan terhadap
kitab-kitab ini ialah, hadis-hadisnya telah diriwayatkan dengan sanad yung bersambung
hingga kepada para sahabat r.a.. Merekalah yang bergaul dengan Rasulullah dan sentiasa
bersama Baginda. Allah juga telah memenangkan agamaNya melalui mereka, Rasulullah
s.a.w. sendiri yang mendidik mereka. Oleh itu mereka adalah generasi paling sempurna
dalam sejarah. Sama ada dari segi keluhuran akhlak, kekuatan iman, kejujuran percakapan,
ketinggian roh dan kesempurnaan akal. Dengan ini, setiap hadis yang mereka riwayatkan
daripada Rasul dengan sanad yang sahih dan bersambung, kita wajib menerimanya sebagai
satu hakikat sejarah tanpa ragu lagi.
ويحاول المستشرقون المغرضون وأتباعهم من المسلمين الذين رق دينهم، وفتنوا بالغرب وعلمائه أن يشككوا في صحة ما بين أيدينا من كتب السنة المعتمدة، لينفذوا منها إلى هدم الشريعة، والتشكيك بوقائع السيرة، ولكن الله الذي تكفل بحفظ دينه قد هيأ لهم من يرد سهام باطلهم، وكيدهم إلى نحورهم وقد تعرضت في كتابي « السنة ومكانتها في التشريع الإسلامي » إلى جهود علمائنا في تمحيص السنة النبوية، وسردت شبه المستشرقين ومن تابعهم، وناقشتها نقاشا علميا، أرجو الله أن يثيبني عليه، ويجعله في صفحات حسناتي يوم العرض عليه.
Para orientalis yang mempunyai misi tersembunyi cuba meragukan kesahihan kitab-kitab
sunan yang berada di hadapan kita ini. Mereka turut disokong oleh orang Islam yang menjadi
pengikut mereka. Mereka mempunyai pegangan agama yang rapuh dan terpengaruh dengan
Barat dan cendikiawannya. Tujuan mereka semua ialah meruntuhkan Syariah dan
menimbulkan keraguan terhadap peristiwa dalam Sirah. Namun Allah yang
bertanggungjawab memelihara agamaNya, telah menyediakan golongan yang menolak
kebatilan dan tipu daya tersebut sehingga menjerut batang leher mereka sendiri. Dalam buku
saya, as-Sunnah wa Makanatuha Fi at-Tasyri al-Islami (Sunnah dan Kedudukannya Dalam
Perundangan Islam), saya telah dedahkan penat lelah ulama kita menyaring Sunnah Nabi
s.a.w.. Saya juga menyenaraikan beberapa kekeliruan yang ditimbulkan oleh para orientalis
dan pengikut mereka. Kemudian saya bahaskan melalui perbahasan ilmiah. Saya berharap
kepada Allah agar memberi ganjaran pahala kepada saya kerana usaha tersebut. Juga, semoga
Allah memasukkannya dalam lembaran suratan amalan kebaikan saya pada hari pembentangan amalan.




Bottom Ad [Post Page]