Careline:03 - 8920 1219/ 018 - 2375 891 Isnin - Jumaat: 8.30 pagi - 4.30 petang | Sabtu: 8.30 pagi - 1.00 petang

Post Page Advertisement [Top]

SUMBER RUJUKAN SIRAH NABI S.A.W - مصادر السيرة النبوية




مصادر السيرة النبوية:
تنحصر المصادر الرئيسة المعتمدة للسيرة النبوية في أربعة مصادر:
1- القرآن الكريم:
وهو مصدر أساس نستمد منه ملامح السيرة النبوية، فقد تعرض القرآن الكريم لنشأته
Sumber rujukan Sirah Nabi s.a.w.

Hanya terdapat empat sumber rujukan utama Sirah Nabi s.a.w yang diperakui:
1. Al-Quran al-Karim
Al-Quran merupakan sumber rujukan asasi yang kita perolehi daripadanya Sirah Nabi
s.a.w. Al-Quran al-Karim telah menyingkap kehidupan Nabi s.a.w. semasa kecil:
{أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَى ، وَوَجَدَكَ ضَالًّا فَهَدَى} [الضحى: 6-7]
Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu lalu Dia memberikan perlindungan? Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)? (Ad-Dhuha: 6-7)
كما تعرض لأخلاقه الكريمة العالية {وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ} [القلم: 4].
Al quran juga memaparkan akhlak Rasulullah s.a.w  yang tinggi;
Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. (Al-Qalam: 4).
وقد تحدث القرآن عما لقيه عليه الصلاة والسلام من أذى وعنت في سبيل دعوته، كما ذكر ما كان المشركون ينعتونه به من السحر والجنون صدا عن دين الله عز وجل، وقد تعرض القرآن لهجرة الرسول كما تعرض لأهم المعارك الحربية التي خاضها بعد هجرته، فتحدث عن معركة بدر، وأحد، والأحزاب، وصلح الحديبية، وفتح مكة، وغزوة حنين، وتحدث عن بعض معجزاته، كمعجزة الإسراء والمعراج.
Al-Quran turut membicarakan tentang keperitan dan sikap degil yang dihadapi oleh Baginda s.a.w. di jalan dakwah. Al-Quran juga menyebut tentang beberapa gelaran yang diberikan oleh orang musyrik kepada Baginda demi menyekat agama Allah ‘Azza wa Jalla daripada tersebar, seperti ahli sihir dan orang gila. Selain itu, al-Quran juga memaparkan hijrah Rasul s.a.w., serta membentangkan pertempuran-pertempuran penting yang Baginda lalui selepas Hijrah. Antaranya Perang Badar, Uhud, Ahzab, Perdamaian Hudaibiyah, Pembukaan Makkah dan Perang Hunain. Al-Quran juga memperkatakan tentang sesetengah mukjizat Baginda seperti mukjizat Isra' dan Mi'raj.
وبالجملة فقد تحدث عن كثير من وقائع سيرة الرسول صلى الله عليه وسلم، ولما كان الكتاب الكريم أوثق كتاب على وجه الأرض، وكان من الثبوت المتواتر بما لا يفكر إنسان عاقل في التشكيك بنصوصه وثبوتها التاريخي، فإن ما تعرض له من وقائع السيرة يعتبر أصح مصدر للسيرة على الإطلاق.
Ringkasnya al-Quran telah membicarakan banyak peristiwa dalam Sirah Rasul s.a.w.Oleh kerana al-Quran merupakan kitab paling dipercayai di atas muka bumi dan terbukti kebenaran secara mutawatir, seorang manusia yang berakal tidak sepatutnya terfikir untuk meragui nas-nas dan kekukuhan fakta sejarahnya. Oleh itu, peristiwa-peristiwa sirah yang didedahkan oleh al-Quran ini secara mutlak dianggap sebagai sumber sirah paling sahih.
ولكن من الملاحظ أن القرآن لم يتعرض لتفاصيل الوقائع النبوية، وإنما تعرض لها إجمالا، فهو حين يتحدث عن معركة لا يتحدث عن أسبابها، ولا عن عدد المسلمين والمشركين فيها، ولا عن عدد القتلى والأسرى من المشركين، وإنما يتحدث عن دروس المعركة وما فيها من عبر وعظات، وهذا شأن القرآن في كل ما أورده من قصص عن الأنبياء السابقين والأمم الماضية، ولذلك فنحن لا نستطيع أن نكتفي بنصوص القرآن المتعلقة بالسيرة النبوية لنخرج منها بصورة متكاملة عن حياة الرسول صلى الله عليه وسلم.
Namun dapat diperhatikan bahawa al-Quran tidak menyingkap peristiwa sirah secara terperinci, tetapi sekadar menyentuhnya secara ringkas. Dalam membicarakan sesuatu purtempuran perang, al-Quran tidak menyatakan sebab-sebab berlaku peperangan tersebut,
bilangan orang Islam dan orang musyrik yang terlibat, mahupun bilangan tentera yang
terbunuh atau ditawan di kalangan orang musyrik. Ia sekadar membincangkan pengajaran
perang dan pedoman yang boleh diambil. Demikianlah sikap al-Quran dalam setiap kisah
berkenaan para nabi dan umat terdahulu. Oleh itu kita tidak boleh berpada dengan hanya
bergantung kepada nas-nas al-Quran yang berkaitan dengan Sirah Nabi s.a.w. untuk mendapatkan gambaran kehidupan Rasul s.a.w. yang lengkap.

Bottom Ad [Post Page]