Careline:03 - 8920 1219/ 018 - 2375 891 Isnin - Jumaat: 8.30 pagi - 4.30 petang | Sabtu: 8.30 pagi - 1.00 petang

Post Page Advertisement [Top]

Wasiat 01/55 - Kelebihan Syahadah - فَضْلُ « لا إِلهَ إِلا اللهُ »




الوَصِيَّةُ الأُولى 
WASIAT 01/55
فَضْلُ « لا إِلهَ إِلا اللهُ » 
KELEBIHAN SYAHADAH
عَنْ أَبِي هُرَيرَةَ رَضِيَ اللهُ عنهُ قَالَ : قُلْتُ يَا رَسُولَ اللهِ مَنْ أَسْعَدُ النَّاسِ بِشَفَاعَتِكَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ؟ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلى اللهُ عليهِ وَسَلَّمَ : « لَقَدْ ظَنَنْتُ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ أَنْ لا يَسْأَلَني عَنْ هذَا الْحَدِيِثِ أَحَدٌ أَوَّلَ مِنْكَ لِما رَأَيْتُ مِنْ حِرْصِكَ عَلَى الْحَدِيثِ : أَسْعَدُ النَّاسِ بِشَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنْ قَالَ : لا إِلهَ إِلاَّ اللهُ خَالِصَاً مِنْ قَلْبِهِ أَوْ نَفْسِهِ » .
أخرجه البخاري
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Aku telah bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah yang paling bahagia beroleh syafaatmu pada hari kiamat? Rasulullah s.a.w. bersabda: “Aku jangka tiada seorang pun yang akan bertanya kepada ku tentang hal ini lebih dahulu daripadamu memandangkan kesungguhanmu terhadap hadis; orang yang paling bahagia beroleh syafaatku pada hari kiamat ialah sesiapa yang telah mengucap: Tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya melainkan Allah dengan hati atau jiwa yang ikhlas.” Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Ilmu, Bab Kesungguhan Terhadap Hadis, 99.
وَعَنْ عبادةَ بن الصَّامِت رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَمَ قَالَ : « مَنْ شَهِدَ أَنْ لا إِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ  وَأَنَّ مُحَمَّداً عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، وَأَنَّ عِيسَى عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلى مَرْيَمَ وَروحٌ مِنْهُ ، وَالْجَنَّةَ حَقٌّ ، وَالنَّارَ حَقٌّ ، أَدْخَلَهُ اللهُ الْجَنَّة عَلى مَا كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الْعَمَلِ » .
أخرجه الشيخان والترمذي
Ubadah bin Samit r.a telah meriwayatkan dari Nabi s.a.w “Siapa yang bersaksi bahwa tidak ada tuhan yang berhak diibadati dengan sebenarnya melainkan Allah Yang Maha Esa tiada sekutu bagi-Nya dan bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan rasul-Nya, dan bahwa Isa adalah hamba Allah, Rasul-Nya, kalimat-Nya yang Dia berikan kepada Maryam serta ruh dari-Nya, dan (meyakini) surga itu hak dan neraka itu hak, maka Allah akan memasukkan dia ke syurga berapa banyak pun amalannya”.
Hadis Riwayat Bukhari , Muslim dan Tarmizi
وزادَ جنادة : « مِنْ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ الثَّمَانِيَةِ أَيُّهَا شَاءَ » .
 أخرجه البخاري واللفظ له ومسلم
Tambah Junadah :” Dari salah satu pintu dari lapan pintu syurga yang ia suka”.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim . Lafaz hadis dari Bukhari
وفي أُخرى لمسلم : « مَنْ شَهِدَ أَنْ لا إِلهَ إِلا اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّداً رَسُولُ اللهِ حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ النَّارَ » .
Dalam riwayat oleh Imam muslim:” Sesiapa yang mempersaksikan bahawa tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah pesuruh Allah . Nescaya Allah akan haramkan ke atasnya api neraka”.


Bottom Ad [Post Page]