Careline:03 - 8920 1219/ 018 - 2375 891 Isnin - Jumaat: 8.30 pagi - 4.30 petang | Sabtu: 8.30 pagi - 1.00 petang

Post Page Advertisement [Top]

Pertemuan Dan Perkenalan / اللقاء والتعارف



Tutorial Perbualan Bahasa Arab
 Tajuk:           Pertemuan Dan Perkenalan / اللقاء والتعارف



Sekiranya kita berjumpa dengan seseorang  dan kita ingin memulakan perkenalan dengannya dalam Bahasa Arab , kita boleh gunakan beberapa ungkapan di bawah; ( Perbualan ini antara Muhammad dan Faiz )
Muhammad mulakan perbualan dengan mengucapkan salam seperti berikut ;

محمد      : السَّلَامُ عَلَيْكُمْ
Assalamualaikum ( Salam sejahtera ke atas kamu )
فائز        : وَعَلَيْكُمْ السَّلَامُ
Faiz menjawab dengan berkata ; Waalaikumus salam( Dan salam sejahtera ke atas kamu )
Tip : Perhatikan tulisan Assalamualikum (السَّلَامُ )Assalam hendaklah ditulis seperti contoh bukan seperti ini ( اسلام   ) yang bermaksud Islam.
Muhammad seterusnya memperkenalkan diri sambil bertanya nama Faiz dengan menyebutkan ;
محمد      : اِسْمِيْ مُحَمَّدٌ ، مَا اسْمُكَ ؟
Ismi Muhammad ( nama saya Muhammad ) Mas muka ( siapa nama kamu )
Tip : Perhatikan sebutannya betul-betul  (Masmuka) bukan ( Ma ismuka )
Faiz mengalukan Muhammad sekali gus memperkenalkan namanya dengan menyebutkan ;

فائز        : أَهْلاً يَا مُحَمَّدٌ ، اِسْمِيْ فَائِزٌ
Ahlan Ya Muhammad Ismi Faiz ( Ahlan – kata aluan ) Ismi Faiz ( nama saya Faiz ).
Muhammad mengalu-alukan Faiz serta bertanya khabar .
محمد      : أَهْلاً يَا فَائِزٌ ، كَيْفَ حَالُكَ ؟
Ahlan Ya Faiz ( Kata aluan  wahai Faiz ) Kaifa haluka ( Bagaimana keadaan kamu  ) atau  dalam bahasa mudah ( Kamu apa khabar ).
Faiz  menjawab dan bertanya pula khabar Muhammad
فائز        : بِخَيْرٍ وَالْحَمْدُ لِله ، وَكَيْفَ حَالُكَ أَنْتَ ؟
Bi khair atu Bi khairin  ( Baik ). Kebiasaannya baris hujungnya dimatikan dalam perbualan. Wal hamdulillah ( Alhamdulillah ) Wa kaifa haluka anta ( Dan bagaimana keadaan kamu ) atau ( Kamu pula apa khabar ) dalam bahasa mudah.
Muhammad menjawab
محمد      : بِخَيْرٍ وَالْحَمْدُ لِله
Bi khair atu Bi khairin  ( Baik ). Kebiasaannya baris hujungnya dimatikan dalam perbualan. Wal hamdulillah ( Alhamdulillah )
Faiz lantas mengucapkan doa dan dib alas oleh Muhammad dengan ungkapan yang sama
فائز        : فُرْصَة ٌسَعِيْدَةٌ
محمد      : فُرْصَة ٌسَعِيْدَةٌ
Fursatun sai’idah ( Ungkapan menunjukkan doa  bahawa pertemuan ini adalah satu pertemuaan yang membuahkan kebahagiaan )

Anda boleh mengikuti semula ungkapan yang digunakan dengan sepenuhnya seperti teks di bawah ;

محمد      : السَّلَامُ عَلَيْكُمْ
فائز        : وَعَلَيْكُمْ السَّلَامُ
محمد      : اِسْمِيْ مُحَمَّدٌ ، مَا اسْمُكَ ؟
فائز        : أَهْلاً يَا مُحَمَّدٌ ، اِسْمِيْ فَائِزٌ
محمد      : أَهْلاً يَا فَائِزٌ ، كَيْفَ حَالُكَ ؟
فائز        : بِخَيْرٍ وَالْحَمْدُ لِله ، وَكَيْفَ حَالُكَ أَنْتَ ؟
محمد      : بِخَيْرٍ وَالْحَمْدُ لِله
فائز        : فُرْصَة ٌسَعِيْدَةٌ
محمد      : فُرْصَة ٌسَعِيْدَةٌ

Selamat berbual dalam Bahasa Arab…..

Bottom Ad [Post Page]