Keistimewaan Sirah Rasul
Sambungan ke 4
Sambungan ke 4
رابعا: إن سيرة رسول الله
صلى الله عليه وسلم شاملة لكل النواحي الإنسانية في الإنسان، فهي تحكي لنا سيرة
محمد الشاب الأمين المستقيم قبل أن يكرمه الله بالرسالة، كما تحكي لنا سيرة رسول
الله الداعية إلى الله المتلمس أجدى الوسائل لقبول دعوته، الباذل منتهى طاقته
وجهده في إبلاغ رسالته، كما تحكي لنا سيرته كرئيس دولة يضع لدولته أقوم النظم
وأصحها، ويحميها بيقظته وإخلاصه وصدقه بما يكفل لها النجاح،
Keempat: Sirah Rasulullah s.a.w.
meliputi setiap sudut kemanusiaan yang dimiiiki
manusia. Ia menceritakan kepada kita perjalanan hidup Muhammad s.a.w.
selaku pemuda
yang amanah dan berakhlak mulia, iaitu sebelum Allah memuliakan Baginda
dengan risalah-
Nya. Ia turut menceritakan kepada kita perjalanan hidup Rasulullah
sebagai pendakwah
kepada Allah yang mencari cara paling efektif untuk memastikan dakwahnya
diterima. Ia
juga meriwayatkan Baginda sebugai pendakwah yang mencurah tenaga dan
usaha yang
maksimum untuk menyampaikan risalahnya. Begitu juga, ia menceritakan
kepada kita
perjalanan hidup Baginda sebagai ketua Negara yang mengasas sistem ampuh
dan tepat untuk
negaranya. Baginda melindungi negaranya itu dengan penuh waspada, ikhlas
dan jujur bagi menjamin kejayaan untuk negara.
كما
تحكي لنا سيرة الرسول الزوج والأب في حنو العاطفة، وحسن المعاملة، والتمييز الواضح
بين الحقوق والواجبات لكل من الزوج والزوجة والأولاد، كما تحكي لنا سيرة الرسول
المربي المرشد الذي يشرف على تربية أصحابه تربية مثالية ينقل فيها من روحه إلى
أرواحهم، ومن نفسه إلى نفوسهم، مما يجعلهم يحاولون الاقتداء به في دقيق الأمور وكبيرها،
كما تحكي لنا سيرة الرسول الصديق الذي يقوم بواجبات الصحبة، ويفي بالتزاماتها
وآدابها، مما يجعل أصحابه يحبونه كحبهم لأنفسهم وأكثر من حبهم لأهليهم وأقربائهم،
وسيرته تحكي لنا سيرة المحارب الشجاع، والقائد المنتصر، والسياسي الناجح، والجار
الأمين، والمعاهد الصادق.
Sirah menceritakan kepada kita perjalanan hidup Rasul sebagai seorang
suami dan
bapa yang mempamerkan sikap belas kasihan, pergaulan yang baik serta
memberi perbezaan
jelas antara yang mana hak dan mana kewajipan untuk suami, isteri dan
anak-anak. Ia juga
menceritakan perjalanan hidup Rasul selaku pendidik dan pemberi tunjuk
ajar yang menyelia
pendidikan para sahabat Baginda dengan pendidikan yang ideal. Baginda
memindahkan
nilai-nilai pendidikan itu daripada rohaninya sendiri ke dalam rohani
mereka, daripada
jiwanya kepada jiwa mereka. Ini mendorong mereka untuk cuba mencontohi
Baginda dalam
sehalus-halus perkara sehinggalah ke sebesar-besar perkara. Begitu juga,
ia menceritakan
kepada kita perjalanan hidup Rasul selaku seorang teman yang
melaksanakan kewajipan
persahabatan serta memenuhi komitmen dan adab-adabnya. Ini menjadikan
para sahabat
Baginda mengasihinya sebagaimana mereka mengasihi diri mereka sendiri.
Bahkan melebihi
kasih mereka kepada keluarga dan kaum kerabat mereka. Sirah Baginda juga
menceritakan
kepada kita perjalanan hidup seorang pahlawan yang berani, panglima
perang yang terbilang,
politikus yang berjaya, jiran yang amanah dan pengikat janji yang jujur.
وقصارى القول: إن
سيرة رسول الله صلى الله عليه وسلم شاملة لجميع النواحي الإنسانية في المجتمع، مما
يجعله القدوة الصالحة لكل داعية، وكل قائد ، وكل أب، وكل زوج، وكل صديق، وكل مربي،
وكل سياسي، وكل رئيس دولة، وهكذا..
Pendek kata: Sirah Rasulullah s.a.w. meliputi semua aspek kemanusiaan
dalam
masyarakat. Ini menjadikan Baginda contoh teladan yang baik untuk setiap
pendakwah,
panglima, bapa, suami, kawan, pendidik, politikus, ketua negara dan
demikianlah seterusnya...
ونحن لا نجد مثل هذا
الشمول ولا قريبا منه فيما بقي لنا من سير الرسل السابقين، ومؤسسي الديانات
والفلاسفة المتقدمين والمتأخرين، فموسى يمثل زعيم الأمة الذي أنقذ أمته من
العبودية، ووضع لها من القواعد والمبادئ ما يصلح لها وحدها، ولكننا لا نجد في
سيرته ما يجعله قدوة للمحاربين، أو المربين أو السياسيين، أو رؤساء الدول أو
الآباء، أو الأزواج مثلا، وعيسى عليه السلام يمثل الداعية الزاهد الذي غادر الدنيا
وهو لا يملك مالا، ولا دارا، ولا متاعا، ولكنه في سيرته الموجودة بين أيدي
المسيحيين، لا يمثل القائد المحارب، ولا رئيس الدولة، ولا الأب، ولا الزوج -لأنه
لم يتزوج - ولا المشرع، ولا غير ذلك مما تمثله سيرة محمد صلى الله عليه وسلم. وقل
مثل ذلك في بوذا، وكونفوشيوس، وأرسطو، وأفلاطون، ونابليون، وغيرهم من عظماء
التاريخ، فإنهم لا يصلحون للقدوة -إن صلحوا- إلا لناحية واحدة من نواحي الحياة
وبرزوا فيها واشتهروا بها، والإنسان الوحيد في التاريخ الذي يصلح أن يكون قدوة
لجميع الفئات وجميع ذوي المواهب وجميع الناس هو محمد صلى الله عليه وسلم.
Kita tidak dapati kesyumulan seperti ini atau hampir sama dengannya
dalam catatan
sejarah yang masih kekal pada kita melalui sirah rasul terdahulu,
pengasas
agama dan ahli falsafah yang terdahulu mahupun yang terkemudian. Nabi Musa
adalah model
pemimpin umat yang telah menyelamatkan umatnya daripada belenggu
pengabdian. Ia
menerangkan kepada kita kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip yang sesuai
untuk misi itu
sahaja. Akan tetapi kita tidak dapati dalam sirah baginda, keterangan
yang boleh dijadikan
contoh teladan kepada pahlawan perang, pendidik, politikus, kepala
negara, bapa, atau suami.
Nabi Isa a.s. pula menjadi model seorang pendakwah yang zuhud,
meninggalkan dunia dalam
keadaan dia tidak mempunyai harta, rumah atau barang. Namun dalam
catitan sirahnya yang
terdapat di tangan orang-orang Kristian, beliau tidak mewakili seorang
panglima perang,
ketua negara, bapa, atau suami (kerana dia tidak berkahwin), penggubal
perundangan, atau
lain-lain lagi yang ditunjukkun oleh Sirah Muhammad s.a.w.. Perihal yang
sama berlaku pada
Buddha, Confucious, Aristotle, Plato, Napoleon dan lain-lain lagi
tokoh-tokoh sejarah. Mereka hanya layak menjadi contoh teladan (sekiranya
mereka layak menjadi contoh teladan) untuk satu aspek daripada pelbagai aspek
kehidupan, iaitu dalam bidang yang
mereka terserlah dan terkenal dengannya. Satu-satunya manusia dalam
sejarah yang boleh
menjadi contoh teladan untuk semua golongan, semua pemilik pelbagai
bakat dan semua
manusia ialah Muhammad s.a.w..