Careline:03 - 8920 1219/ 018 - 2375 891 Isnin - Jumaat: 8.30 pagi - 4.30 petang | Sabtu: 8.30 pagi - 1.00 petang

Post Page Advertisement [Top]

KEISTIMEWAAN SIRAH RASUL( SAMB. KE 5 ) ميزة سيرة الرسول




Sambungan ( Keistimewaan sirah Rasul ke 5 )






خامسًا: إن سيرة محمد صلى الله عليه وسلم وحدها  تعطينا الدليل الذي لا ريب فيه على صدق رسالته ونبوته، إنها سيرة إنسان كامل سار بدعوته من نصر إلى نصر لا عن طريق الخوارق والمعجزات، بل عن طريق طبيعي بحت، فلقد دعا فأوذي، وبلغ فأصبح له الأنصار، واضطر إلى الحرب فحارب، وكان حكيما، موفقا في قيادته، فما أزفت ساعة وفاته إلا كانت دعوته تلف الجزيرة العربية كلها عن طريق الإيمان، لا عن طريق القهر والغلبة.
Kelima: Sirah Muhammad s.a.w. adalah satu-satunya sirah yang memberi dalil yang tidak  diragui tentang kebenaran risalah dan kenabian Baginda kepada kita. Ia adalah perjalanan hidup seorang manusia kamil. Baginda mengharungi kehidupan dakwahnya dengan mendapat kejayaan demi kejayaan; Bukan dengan cara peristiwa-peristiwa pelik yang melanggar adat kebiasaan mahupun mukjizat. Bahkan semata-mata dengan cara yang normal. Baginda s.a.w. berdakwah, lalu disakiti, menyampaikan risalah, seterusnya memperolehi penyokong. Jika terpaksa berperang, Baginda berperang. Baginda seorang yang bijaksana dan mendapat taufiq dalam kepimpinannya. Ketika hampir wafat, dakwah Baginda telah berkembang meliputi seluruh semenanjung tanah Arab. Dakwahnya tersebar melalui cara iman (keyakinan), bukan dengan cara paksaan atau kemenangan perang.



ومن عرف ما كان عليه العرب من عادات وعقائد وما قاوموا به دعوته من شتى أنواع المقاومة حتى تدبير اغتياله، ومن عرف عدم التكافؤ بينه وبين محاربيه في كل معركة انتصر فيها، ومن عرف قصر المدة التي استغرقتها رسالته حتى وفاته، وهي ثلاث وعشرون سنة، أيقن أن محمدا رسول الله حقا، وأن ما كان يمنحه الله من قوة وثبات وتأثير ونصر ليس إلا لأنه نبي حقا، وما كان لله أن يؤيد من يكذب عليه هذا التأييد الفريد في التاريخ،

Bagi sesiapa yang mengetahui budaya dan kepercayaan masyarakat Arab ketika itu dan
penentangan mereka terhadap dakwah baginda saw melalui pelbagai cara sehingga ke tahap merancang pembunuhun Baginda serta mengetahui pula ketidak seimbangan kekuatan Baginda dengan pihak lawan dalam setiap pertempuran yang Baginda menangi dan mengetahui tempoh masa yang terlalu singkat dalam menyampaikan risalah sehingga kefawatan Baginda iaitu 25 tahun, akan merasa yakin bahawa Muhammad adalah benar-benar nya pesuruh Allah. Kurniaan Allah kepada baginda seperti, kekuatan, ketabahan (thabat) , pengaruh dan kemenangan juga menunjukkan bahawa Baginda sememangnya seorang nabi. Allah tidak akan mendokong sesiapa yang mendustakan-Nya . Dokongan yang diberikan kepada Rasulullah saw adalah dokongan Ilahi yang unik dalam sejarah.

فسيرة رسول الله صلى الله عليه وسلم تثبت لنا صدق رسالته عن طريق عقلي بحت، وما وقع له صلى الله عليه وسلم من المعجزات لم يكن الأساس الأول في إيمان العرب بدعوته، بل إنا لا نجد له معجزه آمن معها الكفار المعاندون، على أن المعجزات المادية تكون حجة على من شاهدها، ومن المؤكد أن المسلمين الذين لم يروا النبي صلى الله عليه وسلم، ولم يشاهدوا معجزاته، إنما آمنوا بصدق رسالته للأدلة العقلية القاطعة على دعواه النبوة، ومن هذه الأدلة العقلية: القرآن الكريم، فإنه معجزة عقلية، تلزم كل عاقل منصف بصدق محمد صلى الله عليه وسلم في دعوى الرسالة.
Sirah Rasulullah s.a.w. membuktikan kepada kita kebenaran risalah Baginda hanya
melalui bukti-bukti lojik yang boleh diterima akal. Mukjizat yang berlaku bukanlah faktor
utama orang Arab beriman dengan dakwah Baginda. Bahkan kita tidak dapati Baginda
mempunyai mukjizat yang menyebabkan orang kafir yang ingkar menjadi beriman kerana
mukjizat tersebut. Walau bagaimanapun, mukjizat berbentuk material tetap menjadi hujah
dalam berhadapan dengan mereka yang menyaksikannya. Suatu yang pasti bahawa orang
Islam yang tidak pernah melihat Nabi s.a.w. dan tidak pernah menyaksikan mukjizat, mereka
beriman dengan kebenaran risalah Baginda hanya kerana bukti-bukti lojik yang qat’ie ( jitu , putus )dan masuk akal yang menunjukkan kebenaran dakwaan kenabiannya. Di antara bukti tersebut ialah: al-Quran al-Karim. Ia merupakan mukjizat yang boleh diterima oleh akal. Mukjizat ini menyebabkan setiap manusia berakal lagi bersikap adil dan insaf pasti beriman dengan kebenaran dakwaan kerasulan Muhammad s.a.w..
وهذا يختلف تماما عن سير الأنبياء السابقين المحفوظة لدى أتباعهم، فهي تدلنا على أن الناس إنما آمنوا بهم لما رأوا على أيديهم من معجزات وخوارق، دون أن يحكموا عقولهم في مبادئ دعواتهم فتذعن لها، وأوضح مثل لذلك السيد المسيح عليه السلام، فإن الله حكى لنا في القرآن الكريم أنه جعل الدعامة الأولى في إقناع اليهود بصدق رسالته أنه يبرئ الأكمه والأبرص، ويشفي المرضى، ويحيي الموتى، وينبئهم بما يأكلون ويدخرون في بيوتهم، كل ذلك بإذن الله جل شأنه، والأناجيل الحاضرة تروي لنا أن هذه المعجزات هي وحدها التي كانت سببا في إيمان الجماهير دفعة واحدة به، لا على أنه رسول كما يحكي القرآن الكريم، بل على أنه إله وابن إله-حاشا لله من ذلك- والمسيحية بعد المسيح انتشرت بالمعجزات وخوارق العادات - وفي سفر أعمال الرسل أكبر دليل على ذلك – حتى ليصح لنا أن نطلق على المسيحية التي يؤمن بها أتباعها أنها دين قام على المعجزات والخوارق، لا على الإقناع العقلي ومن هنا نرى هذه الميزة الواضحة في سيرة الرسول صلى الله عليه وسلم، أنه ما آمن به واحد عن طريق مشاهدته لمعجزة خارقة، بل عن اقتناع عقلي وجداني، وإذا كان الله قد أكرم رسوله بالمعجزات الخارقة، فما ذلك إلا إكرام له صلى الله عليه وسلم وإفحام لمعانديه المكابرين ومن تتبع القرآن الكريم وجد أنه اعتمد في الإقناع على المحاكمة العقلية، والمشاهدة المحسوسة لعظيم صنع الله، والمعرفة التامة بما كان عليه الرسول من أمية تجعل إتيانه بالقرآن الكريم دليلا على صدق رسالته صلى الله عليه وسلم،
Ini berbeza sama sekali dengan sirah para nabi terdahulu yang disimpan oleh para
pengikutnya. Sirah para nabi terdahulu menunjukkan kepada kita bahawa orang ramai
beriman setelah melihat mukjizat dan perkara pelik yang menyalahi adat berlaku kepada
rasul-rasul tersebut. Mereka beriman tanpa meletakkan akal sebagai hakim dalam menilai
prinsip-prinsip dakwah para rasul tersebut, seterusnya tunduk kepadanya. Contoh paling jelas
ialah sirah nabi Isa a.s.. Dalam al-Quran, Allah menceritakan kepada kita bahawa antara
tunggak utama yang Allah berikan kepada nabi Isa a.s. untuk meyakinkan orang Yahudi
tentang kebenaran risalahnya ialah boleh menyembuhkan orang buta dan penyakit kusta,
merawat penyakit, menghidupkan orang mati serta memberitahu kaumnya apa yang mereka
makan dan apa yang tersimpan di rumah mereka. Semua ini berlaku dengan izin Allah Azzawajalla.

Mukjizat-mukjizat ini menjadi penyebab orang ramai beriman kepada Nabi 'Isa
secara beramai-ramai. Inilah yang diriwayatkan oleh kitab-kitab Injil kepada kita. Namun, mereka beriman dengan Isa a.s. bukan sebagai rasul, bahkan sebagai tuhan dan anak tuhan
(Maha suci Allah daripada perkara ini). Inilah yang diceritakan oleh al-Quran kepada kita.
Selepas pemergian nabi Isa a.s., agama Kristian tersebar melalui perkara luar biasa dan pelik
yang menyalahi adat kebiasaan. Safar Kerja Rasul-Rasul menjadi bukti utama kepada perkara
ini. Sehingga kita boleh katakan bahawa agama Kristian yang diimani oleh pengikutnya
adalah agama yang tertegak di atas perkara luar biasa dan pelik yang menyalahi adat kebiasaan, bukan di atas keyakinan akal yang rasional.


 يقول الله تعالى في سورة العنكبوت: {وَقَالُوا لَوْلَا أُنزِلَ عَلَيْهِ آيَاتٌ مِّن رَّبِّهِ قُلْ إِنَّمَا الْآيَاتُ عِندَ اللَّهِ وَإِنَّمَا أَنَا نَذِيرٌ مُّبِينٌ ، أَوَلَمْ يَكْفِهِمْ أَنَّا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ يُتْلَى عَلَيْهِمْ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَرَحْمَةً وَذِكْرَى لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ} [العنكبوت: 50،51]
Dan mereka berkata "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) mukjizat-mukjizat dari Tuhannya?" Jawablah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya (urusan menurunkan) mukjizat-mukjizat itu adalah tertentu bagi Allah, dan aku hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata" (Patutkah mereka meminta mukjizat-mukjizat yang lain?) tidakkah cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepadamu Al-Quran yang dibacakan kepada  mereka? Sesungguhnya Al-Quran yang diturunkan itu mengandungi rahmat dan peringatan bagi orang-orang yang beriman. (Al-Ankabut: 50-51)

،  ولما اشتط كفار قريش في طلب المعجزات من رسول الله صلى الله عليه وسلم كما كانت تفعل الأمم الماضية،
Apabila orang-orang kafir Quraisy melampaui batas dengan menuntut mukjizat
daripada Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang dilakukan oleh umat-umat terdahulu, Allah memerintahkan Baginda menjawab:
 أمره الله أن يجيبهم بقوله: {قُلْ سُبْحَانَ رَبِّي هَلْ كُنتُ إَلاَّ بَشَرًا رَّسُولاً} [الإسراء: 93]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?" (Al-Isra': 93)

. استمع إلى ذلك في قوله تعالى في سورة الإسراء: {وَقَالُواْ لَن نُّؤْمِنَ لَكَ حَتَّى تَفْجُرَ لَنَا مِنَ الأَرْضِ يَنبُوعًا ، أَوْ تَكُونَ لَكَ جَنَّةٌ مِّن نَّخِيلٍ وَعِنَبٍ فَتُفَجِّرَ الأَنْهَارَ خِلالَهَا تَفْجِيرًا، أَوْ تُسْقِطَ السَّمَاء كَمَا زَعَمْتَ عَلَيْنَا كِسَفًا أَوْ تَأْتِيَ بِاللّهِ وَالْمَلآئِكَةِ قَبِيلاً، أَوْ يَكُونَ لَكَ بَيْتٌ مِّن زُخْرُفٍ أَوْ تَرْقَى فِي السَّمَاء وَلَن نُّؤْمِنَ لِرُقِيِّكَ حَتَّى تُنَزِّلَ عَلَيْنَا كِتَابًا نَّقْرَؤُهُ قُلْ سُبْحَانَ رَبِّي هَلْ كُنتُ إَلاَّ بَشَرًا رَّسُولاً} [الإسراء: 91-93].
Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad), sehingga engkau memancarkan mata air dari bumi, untuk kami. Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian engkau mengalir-kan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus. Atau (sehingga) engkau gugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana yang engkau
katakan (akan berlaku); atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat untuk kami menyaksikannya. Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya.
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?" (Al-Isra': 90-93)
هكذا يقرر القرآن بصراحة ووضوح أن محمدا صلى الله عليه وسلم إنسان رسول، وأنه لا يعتمد في دعوى الرسالة على الخوارق والمعجزات، وإنما يخاطب العقول والقلوب،
Demikianlah al-Quran menetapkan secara terang dan jelas bahawa nabi Muhammad s.a.w. adalah manusia dan rasul. Dalam membenarkan dakwaan kerasulan Baginda, al-Quran
tidak bergantung kepada perkara yang menyalahi adat kebiasaan dan mukjizat, bahkan hanya berdailog dengan akal dan hati.
 {فَمَن يُرِدِ اللّهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلإِسْلاَمِ} [الأنعام: 125].
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam. (Al-An'am: 125)

Bottom Ad [Post Page]