Sambungan
Keistimewaan Sirah Rasul yang ketiga
ثالثا: إن سيرة رسول الله
صلى الله عليه وسلم تحكي سيرة إنسان أكرمه الله بالرسالة، فلم تخرجه عن إنسانيته،
ولم تلحق حياته بالأساطير، ولم تضف عليه الألوهية قليلا ولا كثيرا، وإذا قارنا هذا
بما يرويه المسيحيون عن سيرة عيسى عليه السلام، وما يرويه البوذيون عن بوذا،
والوثنيون عن آلهتهم المعبودة، اتضح لنا الفرق جليا بين سيرته عليه السلام وسيرة
هؤلاء، ولذلك أثر بعيد المدى في السلوك الإنساني والاجتماعي لاتباعهم، فادعاء
الألوهية لعيسى عليه السلام ولبوذا جعلهما أبعد منالا من أن يكونا قدوة نموذجية
للإنسان في حياته الشخصية والاجتماعية، بينما ظل وسيظل محمد صلى الله عليه وسلم المثل
النموذجي الإنساني الكامل لكل من أراد أن يعيش سعيدا كريما في نفسه وأسرته وبيئته،
ومن هنا يقول الله تعالى في كتابه الكريم: {لَقَدْ كَانَ
لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ
وَالْيَوْمَ الْآخِرَ}[الأحزاب:21].
Ketiga: Sirah Rasulullah s.a.w. menceritakan perjalanan hidup seorang
manusia yang
dimuliakan Allah dengan risalah-Nya. Namun ia tidak mengeluarkan Baginda
daripada sifat
kemanusiaannya. Kehidupan Baginda tidak disertakan dengan
dongeng-dongeng, juga tidak
ditokok tambah dengan sifat ketuhanan, sama ada sedikit mahupun banyak.
Apabila kita
bandingkan hal ini dengan cerita-ceritayang diriwayatkan oleh orang
Kristian tentang
perjalanan hidup Isa a.s., penganut Buddha tentang Gauthama Buddha,
penyembah berhala
tentang tuhan sembahan mereka, akan jelas kepada kita perbezaan yang nyata
antara Sirah Baginda s.a.w. dan sirah mereka. Lantaran perbezaan ini, ia
memberi kesan jangka panjang kepada tingkah Iaku kemanusiaan dan kemasyarakatan
pengikut-pengikut mereka. Dakwaan
ketuhanan kepada Isa a.s. dan Gauthama Buddha menyebabkan mereka berdua
tidak boleh
menjadi contoh teladan kepada manusia dalam kehidupan peribadi dan
kemasyarakatannya.
Sebaliknya, Muhammad s.a.w. akan terus menjadi model manusia yang kamil
kepada sesiapa
yang ingin hidup bahagia dan mulia dari segi diri, keluarga dan suasana
persekitarannya.Oleh yang demikian, Allah Taala berfirman dalam kitab-Nya yang
mulia:
{لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ
أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ}[الأحزاب:21].
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh
ikutan
yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (heredaan) Allah
dan (balasan baik) hari akhirat. (Al-Ahzab: 21)