Careline:03 - 8920 1219/ 018 - 2375 891 Isnin - Jumaat: 8.30 pagi - 4.30 petang | Sabtu: 8.30 pagi - 1.00 petang

Post Page Advertisement [Top]

KEISTIMEWAAN SIRAH NABI SAW / ميزة سيرة الرسول

Sambungan

KEISTIMEWAAN SIRAH NABI SAW / ميزة سيرة الرسول


Keistimewaan Yang Kedua






ثانيًا: إن حياة رسول الله صلى الله عليه وسلم واضحة كل الوضوح في جميع مراحلها، منذ زواج أبيه عبد الله بأمه آمنة إلى وفاته صلى الله عليه وسلم، فنحن نعرف الشيء الكثير عن ولادته، وطفولته وشبابه، ومكسبه قبل النبوة، ورحلاته خارج مكة، إلى أن بعثه الله رسولا كريما، ثم نعرف بشكل أدق وأوضح وأكمل كل أحواله سنة فسنة، ما يجعل سيرته عليه الصلاة والسلام واضحة وضوح الشمس، كما قال بعض النقاد الغربيين: إن محمدًا (عليه الصلاة والسلام) هو الوحيد الذي ولد على ضوء الشمس.
Kedua: Kehidupan Rasulullah s.a.w. pada setiap peringkat hidupnya amat jelas; sejak
perkahwinan bapa Baginda, Abdullah dengan ibu Baginda, Aminah sehingga Baginda s.a.w.
wafat. Kita mengetahui banyak perkara tentang kelahiran, zaman kanak-kanak, zaman
remaja, sumber pencarian Baginda sebelum kenabian dan pengembaraan-pengembaraannya
ke luar Makkah sehinggalah Allah mengutuskannya sebagai Rasul yang mulia. Kita juga
mengetahui secara lebih detil, jelas dan sempurna setiap hal ehwal Baginda selepas perutusan
tersebut daripada setahun ke setahun. Ini menjadikan sirah Baginda s.a.w. jelas dan terang
seumpama matahari. Sebagaimana kata sesetengah pengkritik Barat: Muhammad s.a.w. satu satunya tokoh yang lahir di bawah sinaran matahari.
وهذا ما لم يتيسر مثله ولا قريب منه لرسول من رسل الله السابقين، فموسى عليه السلام لا نعرف شيئا قط عن طفولته وشبابه وطرق معيشته قبل النبوة، ونعرف الشيء القليل عن حياته بعد النبوة، مما لا يعطينا صورة مكتملة لشخصيته، ومثل ذلك يقال في عيسى عليه السلام، فنحن لا نعرف شيئا عن طفولته إلا ما تذكره الأناجيل الحاضرة، من أنه دخل هيكل اليهود، وناقش أحبارهم، فهذه هي الحادثة الوحيدة التي يذكرونها عن طفولته، ثم نحن لا نعلم من أحواله بعد النبوة إلا ما يتصل بدعوته، وقليلا من أسلوب معيشته، وما عدا ذلك فأمر يغطيه الضباب الكثير.
Perkara seperti ini tidak mudah didapati di kalangan mana-mana rasul yang terdahulu. Kita tidak tahu sesuatu pun tentang Musa a.s. ketika zaman kanak-kanak, zaman remaja mahupun sumber pencariannya sebelum kenabian. Kita hanya mengetahui sedikit sahaja berkenaan kehidupan baginda selepas kenabian. Ini tidak memberi gambaran sempurna berkenaan keperibadiannya kepada kita. Hal yang sama diperkatakan tentang Isa a.s. Kita tidak mengetahui apa-apa tentang zaman kanak-kanaknya melainkan apa yang diceritakan oleh Injil-injil hari ini. Injil menceritakan bahawa baginda telah memasuki biara Yahudi dan berbincang dengan pendita-penditanya. Inilah satu-satunya kejadian yang disebutkan tentang zaman kanak-kanaknya. Selanjutnya, kita tidak mengetahui hal ehwal
beliau selepas kenabian melainkan peristiwa yang berkaitan dengan dakwah dan sedikit tentang cara hidupnya. Manakala selain daripada itu adalah perkara yang dilitupi kabus tebal.
فأين هذا مما تذكره مصادر السيرة الصحيحة من أدق التفاصيل في حياة رسولنا الشخصية، كأكله، وقيامه، وقعوده، ولباسه، وشكله، وهيئته، ومنطقه، ومعاملته لأسرته، وتعبده، وصلاته، ومعاشرته لأصحابه، بل بلغت الدقة في رواة سيرته أن يذكروا لنا عدد الشعرات البيض في رأسه ولحيته صلى الله عليه وسلم.
Di manakah kedudukan maklumat ini berbanding dengan maklumat yang disebutkan
oleh sumber-sumber sirah yang sahih? Sumber-sumber ini menyebutkan secara detil
kehidupan peribadi Rasul kita seperti makan, bangun, duduk, pakaian, rupa bentuk, gaya,
percakapan, interaksi dengan keluarga, ibadat, solat dan pergaulan Baginda dengan para
sahabatnya. Bahkan pendetilan dalam meriwayat sirah Baginda hingga ke tahap mereka menyatakan kepada kita bilangan uban di kepala dan janggut Baginda s.a.w..

Bottom Ad [Post Page]