Nota Harfiah
Kelas Rabu - Muslimat
Surau Saujana Impian- Kajang
Kelas Rabu - Muslimat
Surau Saujana Impian- Kajang
Surah An-Nasr
Mendengar tilawah;
Mendengar tilawah;
سورة
النصر
1. Apabila datang pertolongan Allah dan
kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai kota Mekah), -
إذا تمَّ لك
-أيها الرسول- النصر على كفار قريش, وتم لك فتح "مكة".
Wahai Rasul – Apabila engkau telah mendapat kemenangan ke atas orang-orang
Quraisy dan dapat membuka kota "Mekah"(
melalui pertolongan Allah )
2. Dan engkau dapat melihat manusia masuk ke dalam
agama Allah beramai-ramai, ( berbondong-bondong )
ورأيت الكثير من
الناس يدخلون في الإسلام جماعات جماعات.
Dan engkau dapat menyaksikan orang
ramai masuk ke dalam agama Allah berbondong-bondong ( berkumpulan-kumpulan )
3. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu
dan mintalah ampun kepadaNya, Sesungguhnya Dia Maha Penerima taubat.
إذا وقع ذلك
فتهيأ للقاء ربك بالإكثار من التسبيح بحمده والإكثار من استغفاره, إنه كان توابًا
على المسبحين والمستغفرين, يتوب عليهم ويرحمهم ويقبل توبتهم.
Jika yang demikian ini berlaku, bersiap sedialah untuk bertemu
Tuhan mu dengan memperbanyakkan tasbih puji
pujian kepadanya serta memperbanyakkan istighfar ( mohon
keampunan ) kepadaNya. Dialah yang Maha Pengampun ke atas orang-orang yang
banyak bertasbih dan banyak mengucapkan istighfar. Dia menerima taubat dari mereka dan mengasihi
mereka serta
menerima taubat mereka.