Careline: 03 - 89275642 / 018 - 2375891 Isnin - Jumaat: 8.00 pagi - 5.00 petang

SURAH AL KAFIRUN - سورة الكافرون



Nota Harfiah
Kelas  Rabu - Muslimat
Surau Saujana Impian- Kajang
Surah Al- Kafirun

Mendengar Tilawah;
 

سورة الكافرون
1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
قل -أيها الرسول- للذين كفروا بالله ورسوله: يا أيها الكافرون بالله.
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada  orang-orang yang kufur kepada Allah dan Rasul-Nya: “Wahai orang-orang yang kafir kepada Allah.”
2. "Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
لا أعبد ما تعبدون من الأصنام والآلهة الزائفة.
Aku tidak menyembah  sepertimana yang kamu sembah berupa berhala dan tuhan-tuhan yang palsu.
3. "Dan kamu tidak menyembah yang aku sembah (Allah).
ولا أنتم عابدون ما أعبد من إله واحد, هو الله رب العالمين المستحق وحده للعبادة.
Dan kamu tidak menyembah (Allah) yang aku sembah yang merupakan  Tuhan yang Esa, Allah ialah tuhan sekalian alam yang hanya kepadaNya sahajalah semata-mata berhak untuk disembah.
4. "Dan aku tidak beribadat sebagaimana kamu beribadat.
ولا أنا عابد ما عبدتم من الأصنام والآلهة الباطلة.
Aku tidak beribadat sebagaimana  kamu beribadat dengan  menyembah berhala dan tuhan-tuhan palsu.
5. "Dan kamu pula tidak menyembah apa yang aku sembah.
ولا أنتم عابدون مستقبلا ما أعبد. وهذه الآية نزلت في أشخاص بأعيانهم من المشركين، قد علم الله أنهم لا يؤمنون أبدًا.
Dan  kamu juga tidak  akan mengabdikan diri kamu  pada masa depan sebagaimana  aku beribadat. Ayat ini telah diwahyukan kepada orang-orang musyrik tertentu  yang di dalam ilmu Allah mereka tidak akan pernah untuk beriman selamanya.
6. "Bagi kamu agama kamu, dan bagiku ugamaku".
لكم دينكم الذي أصررتم على اتباعه, ولي ديني الذي لا أبغي غيره.
Bagi kamu  agama kamu yang kamu bermati-matian untuk mengikutinya manakala bagi ku pula  agama ku yang  aku tidak akan  pilih selainnya.

Bottom Ad [Post Page]