Careline: 03 - 89275642 / 018 - 2375891 Isnin - Jumaat: 8.00 pagi - 5.00 petang

Surah Al-Masad / سورة المسد



Nota Harfiah
Kelas  Rabu - Muslimat
Surau Saujana Impian- Kajang
Surah Al- Masad

Mendengar Tilawah;
 


سورة المسد
1. binasalah kedua-dua tangan abu lahab, dan binasalah ia bersama!
خسرت يدا أبي لهب وشقي بإيذائه رسول الله محمدا صلى الله عليه وسلم، وقد تحقق خسران أبي لهب.
Binasalah kedua-dua  tangan Abu Lahab dan celakalah ia kerana menyakiti Rasullullah Muhammad saw . Sesungguhnya kebinasaannya telah terlaksana.
2. Hartan dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
ما أغنى عنه ماله وولده, فلن يَرُدَّا عنه شيئًا من عذاب الله إذا نزل به.
Segala  kekayaan dan anak pinaknya  tidak dapat membantunya menghalang  azab Allah apabila ditimpakan ke atasnya.
3. Ia akan dicampakkan ke dalam  api neraka yang marak menjulang.
4. Begitu juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -
سيدخل نارًا متأججة, هو وامرأته التي كانت تحمل الشوك, فتطرحه في طريق النبي صلى الله عليه وسلم؛ لأذيَّته.
Ia akan dicampakkan ke dalam api yang bergelojak bersama  isterinya  yang  telah membawa duri dan melemparkannya di jalanyang dilalui  Nabi saw dengan tujuan untuk menyakitinya.
5. Di lehernya terdapat sejenis tali dari sabut  yang dipintal.
في عنقها حبل محكم الفَتْلِ مِن ليف شديد خشن, تُرْفَع به في نار جهنم, ثم تُرْمى إلى أسفلها.
Pada  leher  isterinya terdapat tali yang dipintal ketat dari sabut yang sangat kasar . Tali itu akan digunakan untuk menyentapnya ke dalam api neraka seterusnya menghumbankannya hingga ke dasar neraka.

Bottom Ad [Post Page]