Careline: 03 - 89275642 / 018 - 2375891 Isnin - Jumaat: 8.00 pagi - 5.00 petang

SURAH AL MAA'UUN / سورة الماعون



Nota Harfiah
Kelas  Rabu - Muslimat
Surau Saujana Impian- Kajang
Surah Al- Maa’uun

Mendengar Tilawah..


 

سورة الماعون
1. Tahukah engkau mereka yang mendustakan agama (termasuk hari pembalasan)?
أرأيت حال ذلك الذي يكذِّب بالبعث والجزاء؟
Tahukah engkau hal keadaan mereka yang mendustakan hari kebangkitan dan pembalasan ?
2. Mereka itu ialah yang menindas serta berlaku zalim terhadap anak yatim,
فذلك الذي يدفع اليتيم بعنف وشدة عن حقه؛ لقساوة قلبه.
Mereka itu ialah yang menindas serta menghalang anak yatim daripada mendapat haknya kerana kekerasan hati mereka .
3. Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan kepada orang miskin.
ولا يحضُّ غيره على إطعام المسكين, فكيف له أن يطعمه بنفسه؟
Dia juga tidak menggalakkan  orang lain untuk memberi makan orang miskin, bagaimana  mungkin untuk dia sendiri yang memberi mereka makan ?
4. Maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli solat
5. (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya;

فعذاب شديد للمصلين الذين هم عن صلاتهم لاهون, لا يقيمونها على وجهها, ولا يؤدونها في وقتها.
Maka azab yang berat ke atas orang-orang lalai dalam melaksanakan ibadat solat iaitu mereka yang tidak menunaikannya sebaik-baiknya  dan tidak tidak menunaikannya tepat pada masanya.
6. (juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat )
الذين هم يتظاهرون بأعمال الخير مراءاة للناس.
Mereka yang berpura-pura melakukan amalan kebaikan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai.
7. Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).
ويمنعون إعارة ما لا تضر إعارته من الآنية وغيرها, فلا هم أحسنوا عبادة ربهم, ولا هم أحسنوا إلى خلقه.
Dan mereka tidak memberi pinjam barang keperluan yang bermanfaat untuk diguna pakai seperti bekas dan lainnya. Mereka ini tidak melaksanakan ibadat mereka dengan baik . Mereka juga tidak berbuat baik kepada sesama makluk.

Bottom Ad [Post Page]