Careline: 03 - 89275642 / 018 - 2375891 Isnin - Jumaat: 8.00 pagi - 5.00 petang

SURAH QURAISY / سورة قريش




Nota Harfiah
Kelas  Rabu - Muslimat
Surau Saujana Impian- Kajang
Surah Quraisy

Mendengar Tilawah ;

 

سورة قريش
1. Pada kebiasaan kaum Quraisy (penduduk Makkah)
2. (laitu) kebiasaan  mereka  melakukan perjalanan pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam),
اعْجَبوا لإلف قريش, وأمنهم, واستقامة مصالحهم, وانتظام رحلتيهم في الشتاء إلى "اليمن", وفي الصيف إلى "الشام"، وتيسير ذلك; لجلب ما يحتاجون إليه.
Alangkah eloknya keadaan orang-orang Quraisy yang keselamatan  dan kepentingan mereka terpelihara serta perjalanan mereka yang teratur di musim sejuk ke "Yaman", manakala pada musim panas pula ke "Sham" serta kemudahan bagi melakukan perjalanan itu untuk membawa kepada mereka barang keperluan mereka.
3. Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Yang Menguasai Rumah (Kaabah) ini,
فليشكروا, وليعبدوا رب هذا البيت -وهو الكعبة- الذي شرفوا به, وليوحدوه ويخلصوا له العبادة.
Maka menjadi kewajiban ke atas mereka untuk bersyukur kepada Allah dan mengabdikan diri mereka kepada Tuhan yang menguasai rumah ini  iaitu - Kaabah - yang mereka menjadi mulia kerananya. Mereka hendaklah mentauhidkan Allah dan mengikhlaskan diri mereka dalam beribadat kepadaNya.
4. Tuhan yang  menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.
الذي أطعمهم من جوع شديد, وآمنهم من فزع وخوف عظيم.
Tuhan yang memberikan kepada mereka makanan lalu menyelamatkan mereka dari kebuluran yang teruk dan memberikan mereka ketenteraman dari rasa cemas dan ketakutan yang hebat.

Bottom Ad [Post Page]