Careline: 03 - 89275642 / 018 - 2375891 Isnin - Jumaat: 8.00 pagi - 5.00 petang

SURAH AL-KAUTHAR / سورة الكوثر



Nota Harfiah
Kelas  Rabu - Muslimat
Surau Saujana Impian- Kajang
Surah Al- Khauthar

Mendengar Tilawah;

 

سورة الكوثر
1. Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (Wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di Akhirat).
إنا أعطيناك -أيها النبي- الخير الكثير في الدنيا والآخرة, ومن ذلك نهر الكوثر في الجنة الذي حافتاه خيام اللؤلؤ المجوَّف, وطينه المسك.
Sesungguhnya aku telah kurniakan kepada kamu - Wahai Nabi – kebaikan yang banyak di dunia ini dan di akhirat. Antara nikmat kurniaan itu ialah Sungai Al- Kauthar di syurga yang di tebingnya terdapat khemah dari mutiara yang berongga manakala tanahnya pula dari kasturi.
2. Oleh itu, kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai tanda bersyukur).
فأخلص لربك صلاتك كلها, واذبح ذبيحتك له وعلى اسمه وحده.
Maka hendaklah kamu mendirikan semua solat kamu dengan penuh ikhlas, dan lakukanlah sembelihan korban dengan menyebutkan namaNya semata.
3. Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dia lah yang terputus (dari mendapat rahmat Allah).
إن مبغضك ومبغض ما جئت به من الهدى والنور, هو المنقطع أثره, المقطوع من كل خير.
Sesungguhnya orang yang benci kepada mu  begitu juga benci kepada petunjuk dan cahaya ( Islam ) dialah yang  terputus dari mendapat rahmat Allah dan terputus dari mendapat sebarang kebaikan.

Bottom Ad [Post Page]