Nota Harfiah
Kelas Sabtu – Muslimin
Balai Islam Sg. Merab
Kelas Sabtu – Muslimin
Balai Islam Sg. Merab
Surah al Baqarah
ayat 1- 5
Mendengar Tilawah ;
سورة
البقرة
1. Alif, Laam, Miim.
هذه الحروف
وغيرها من الحروف المقطَّعة في أوائل السور فيها إشارة إلى إعجاز القرآن; فقد وقع
به تحدي المشركين, فعجزوا عن معارضته, وهو مركَّب من هذه الحروف التي تتكون منها
لغة العرب. فدَلَّ عجز العرب عن الإتيان بمثله -مع أنهم أفصح
الناس- على أن القرآن وحي من الله.
Huruf-huruf ini dan huruf-huruf lainnya dari
kumpulan huruf-huruf yang terpotong yang teletak pada awal surah-surah adalah
petanda kepada mukjizat Al Quran. Ia sebagai suatu cabaran kepada orang-orang
musyrikin walaubagaimanapun mereka tidak mampu untuk menandinginya. Cabaran ini
berlaku dalam bentuk susunan huruf yang membentuk bahasa Arab. Ketidakupayaan
orang Arab untuk menyahut cabaran dari jenis yang sama - walaupun mereka adalah kaum yang paling fasih –
menunjukkan bahawa Al-Quran itu adalah wahyu dari Allah.
2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak
padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang kesempurnaanya) menjadi
petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa;
ذلك القرآن هو
الكتاب العظيم الذي لا شَكَّ أنه من عند الله, فلا يصح أن يرتاب فيه أحد لوضوحه,
ينتفع به المتقون بالعلم النافع والعمل الصالح وهم الذين يخافون الله, ويتبعون
أحكامه.
Al-Quran adalah sebuah kitab agong yang tidak dinafikan lagi datang dari Allah. Mana-mana
orang sekali pun tidak boleh untuk mencurigainya kerana
ia amat jelas. Orang-orang yang bertaqwa akan dapat faedah darinya
dengan ilmu pengetahuan yang bermanfaat
dan amal yang saleh . Merekalah orang-orang yang takut kepada Allah
serta mengikuti hukum hakamnya.
3. Iaitu orang-orang yang beriman kepada
perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) solat serta membelanjakan
(mendermakan) sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka.
وهم الذين
يُصَدِّقون بالغيب الذي لا تدركه حواسُّهم ولا عقولهم وحدها;
لأنه لا يُعْرف
إلا بوحي الله إلى رسله, مثل الإيمان بالملائكة, والجنة,
والنار, وغير
ذلك مما أخبر الله به أو أخبر به رسوله،(والإيمان: كلمة جامعة للإقرار بالله
وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر والقدر خيره وشره، وتصديق الإقرار بالقول
والعمل بالقلب واللسان والجوارح) وهم مع تصديقهم بالغيب يحافظون على أداء الصلاة
في مواقيتها أداءً صحيحًا وَفْق ما شرع الله لنبيه محمد صلى الله عليه وسلم, ومما
أعطيناهم من المال يخرجون صدقة أموالهم الواجبة والمستحبة.
Merekalah orang-orang yang
percaya kepada perkara ghaib yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera dan akal fikiran
mereka semata-mata. Kerana ia
tidak dapat diketahui kecuali melalui wahyu Allah
kepada rasul-rasulnya, seperti kepercayaan kepada para malaikat, syurga, neraka dan lain-lain sebagaimana yang telah diberitahu oleh Allah ataupun
seperti yang telah disampaikan oleh rasulNya,
(Iman ialah perkataan yang menghimpunkan maksud perakuan beriman terhadap Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya , hari
Akhirat dan qadar baik dan buruk.
Perakuan ikrar hendaklah dilakukan dengan perkataan, amalan hati, lidah dan
anggota tubuh ) .
Mereka itu di samping keimanan mereka terhadap
perkara ghaib mereka juga menunaikan solat pada waktunya dengan betul
sebagaimana yang telah disyariatkan oleh Allah kepada Nabi-Nya
Muhammad saw . dan sebahagian daripada harta yang kami
anugerahkan, mereka belanjakan sebagai zakat dan sedekah.
وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ
قَبْلِكَ وَبِالآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (4)
4. Dan juga orang-orang yang beriman kepada
Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan
Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripada mu, serta mereka yakin akan
(adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
والذين
يُصَدِّقون بما أُنزل إليك أيها الرسول من القرآن, وبما أنزل إليك من الحكمة, وهي
السنة, وبكل ما أُنزل مِن قبلك على الرسل من كتب,
كالتوراة
والإنجيل وغيرهما, ويُصَدِّقون بدار الحياة بعد الموت وما فيها من الحساب والجزاء،
تصديقا بقلوبهم يظهر على ألسنتهم وجوارحهم وخص يوم الآخرة; لأن الإيمان به من أعظم
البواعث على فعل الطاعات, واجتناب المحرمات, ومحاسبة النفس.
Dan orang-orang yang beriman
dengan Al quran yang telah diturunkan kepada kamu - Wahai Rasul -, juga dengan hadis yang telah diturunkan kepada
kamu serta semua kitab-kitab yang telah diturunkan kepada rasul-rasul
sebelum kamu seperti kitab Taurat
dan injil dan lain-lainnya.
Mereka juga beriman dengan adanya kehidupan yang lain
selepas kematian begitu juga mereka
beriman terhadap adanya perhitungan dan pembalasan.
Keimanan itu lahir dari hati mereka lalu terpancar ke atas lidah mereka dan
anggota tubuh mereka terutamanya keimanan mereka terhadap hari Akhirat . Ini
adalah kerana beriman kepada
hari Akhirat adalah dorongan terkuat untuk melakukan perbuatan baik serta mengelak dari melakukan
perkara-perkara yang diharamkan serta sebagai cara menghitung diri.
5. Mereka itulah golongan yang mendapat
petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah golongan orang-orang yang berjaya.
أصحاب هذه
الصفات يسيرون على نور من ربهم وبتوفيق مِن خالقهم وهاديهم,
وهم الفائزون
الذين أدركوا ما طلبوا, ونَجَوا من شرِّ ما منه هربوا.
Golongan yang memiliki sifat-sifat seperti ini
berjalan di atas petunjuk cahaya Tuhan mereka dan mendapat perkenan dari Pencipta dan Pemberi Petunjuk
kepada mereka. Merekalah golongan yang beroleh kejayaan serta tahu apa yang
mereka kejar dan inginkan . Mereka juga berjaya menyelamatkan diri mereka dari kejahatan
yang mereka jauhi.