Kelas Nahu
An-Nahul Wadih / النحو الواضح
Sambungan ; Panduan pengajaran kitab ini
1)
Latihan secara lisan;
Guru
membuat ringkasan pelajaran yang dia ingin buat latihan tatabahasa dan
menuliskannya di atas papan hitam . Setelah itu ia membuat perbincangan dengan
pelajar sambil mengingatkan pelajar berkaitan kaedah-kaedah tatabahasa dan juga
takrifan-takrifan . Hal itu amat elok dilakukan pada bahagian awal selamasa
pengajarannya. Manakala pada bahagian ke dua selemasanya pula, guru hendaklah
meminta pelajar untuk membuat ayat-ayat berdasarkan apa yang digariskankan
kepada mereka melalui contoh-contoh ayat dan latihan-latihan yang dibuat.
2)
Latihan secara bertulis;
(a)
Adalah elok bagi para pelajar untuk membuat latihan secara bertulis
dalam pelbagai bentuk ayat menggunakan kaedah-kaedah tatabahasa yang dipelajari
oleh mereka juga dalam pelbagai bentuk latihan.
(b)
Memperbanyakkan latihan-latihan berbentuk positif yang menuntut
para pelajar untuk membentuk ayat-ayat berdasarkan kaedah-kaedah tatabahasa
tertentu . Ini adalah kerana latihan-latihan ini akan mendorong para pelajar
untuk berfikir dan paling berguna dalam membentuk kebolehan menulis karangan.
(c)
Soalan-soalan yang dikemukakan seelok-eloknya hanya memerlukan
jawapan yang pendek sehingga dapat memaksimakan penggunaan masa dengan
mempelbagaikan bentuk soalan dan latihan.
(d)
Latihan-latihan penulisan hendaklah dimulakan dengan satu topik pelajaran
tatabahasa arab atau dua topik pelajaran yang lepas . Seeloknya setelah guru
dapat menyelesaikan satu tahap pelajaran dan diikuti pula dengaan dua latihan
yang khas hendaklah dibuat satu latihan umum yang mencakupi semua topik yang
telah diajar.
(e)
Guru tidak seharusnya berbincang dengan pelajar berkaitan latihan
yang dibuat itu, atau pun ia menghuraikan latihan yang dibuat itu kepada para
pelajar. Seeloknya jika guru ingin membantu pelajar , ia hendaklah berbincang dengan mereka mengenai kaedah-kaedah
tatabahasa yang menjadi asas kepada latihan itu, di samping meminta mereka
untuk membuat contoh-contoh berdasarkan kaedah-kaedah tersebut dan meminta
mereka menulisnya sambil ia berjalan di antara mereka untuk melihat apa yang
mereka tulis.