Careline: 03 - 89275642 / 018 - 2375891 Isnin - Jumaat: 8.00 pagi - 5.00 petang
reg-2025
JAWATAN-KOSONG-2-AFT
zakat
sumbangan

HISNUL MUSLIM - KELEBIHAN BERZIKIR



Kelas Zikir
Hisnul Muslim / حصن المسلم


/ KELEBIHAN BERZIKIRفضل الذكر
Allah Ta’ala berfirman:
قال الله تعالى:{ فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُواْ لِي وَلاَ تَكْفُرُونِ }[1]


152. Oleh itu ingatlah kamu kepada Ku (dengan mematuhi hukum dan undang-undang Ku), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepada Ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmat Ku).

 (Al-Baqarah, 2:152).

Allah Ta’ala berfirman:

{ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْراً كَثِيراً}[2]

41. Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya;
 (Al-Ahzaab, 33:41).

Allah Ta’ala berfirman:
{ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيراً وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْراً عَظِيماً}[3]

Dan orang-orang lelaki yang banyak berzikir menyebut nama Allah  serta orang-orang perempuan yang banyak menyebut nama Allah . Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.
(Al-Ahzaab, 33:35).

Allah Ta’ala berfirman:

{ وَاذْكُر رَّبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعاً وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ وَلاَ تَكُن مِّنَ الْغَافِلِينَ }[4]

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam  hati mu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahNya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
 (Al-A’raaf, 7:205).

Rasullullah saw bersabda:
((مَثَلُ الَّذِيْ يَذْكُرُ رَبَّهُ وَالَّذِيْ لاَ يَذْكُرُ رَبَّهُ مَثَلُ الْحَيِّ وَالْمَيِّتِ)).
Maksud hadis;
Perumpamaan orang yang ingat akan tuhannya dengan orang yang tidak ingat tuhannya laksana orang yang hidup dengan orang yang mati.[5]

 ((أَلاَ أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ، وَأَزْكَاهَا عِنْدَ مَلِيْكِكُمْ، وَأَرْفَعِهَا فِيْ دَرَجَاتِكُمْ، وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ إِنْفَاقِ الذَّهَبِ وَالْوَرِقِ، وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ أَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّكُمْ فَتَضْرِبُوْا أَعْنَاقَهُمْ وَيَضْرِبُوْا أَعْنَاقَكُمْ))؟ قَالُوْا بَلَى. قَالَ: ((ذِكْرُ اللهِ تَعَالَى)).
Maksud hadis;
“Mahukah kamu, aku tunjukkan perbuatan mu yang terbaik, paling suci di sisi Allah, dan paling mengangkat darjat mu; lebih baik bagi mu dari bersekekah emas atau perak, dan lebih baik bagimu daripada bertemu dengan musuhmu, lantas kamu memenggal lehernya atau mereka memenggal lehermu?” Para sahabat yang hadir berkata: “Mahu (wahai Rasulullah)!” Beliau bersabda: “Berzikir kepada Allah Yang Maha Tinggi”.[6]

Rasullullah saw bersabda:

يَقُوْلُ اللهُ تَعَالَى: ((أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِيْ بِيْ، وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِيْ، فَإِنْ ذَكَرَنِيْ فِيْ نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِيْ نَفْسِيْ، وَإِنْ ذَكَرَنِيْ فِيْ مَلأٍ ذَكَرْتُهُ فِيْ مَلأٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ شِبْرًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا، وَإِنْ أَتَانِيْ يَمْشِيْ أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً)).
Maksud hadis
Allah Ta’ala berfirman: Aku mengikut sangkaan hamba Ku kepada Ku, Aku bersamanya (dengan ilmu dan rahmat) bila dia ingat kepada Ku. Jika dia mengingat Ku dalam dirinya, Aku mengingatnya dalam diri Ku. Jika dia menyebut nama Ku dalam suatu perkumpulan, Aku menyebutnya dalam perkumpulan yang lebih baik dari mereka. Bila dia mendekat kepada Ku sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada Ku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepadaKu dengan berjalan (biasa), maka Aku mendatanginya dengan berjalan cepat”.[7]

Rasullullah saw bersabda:

وَعَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ بُسْرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ: يَا رَسُوْلَ اللهِ إِنَّ شَرَائِعَ اْلإِسْلاَمِ قَدْ كَثُرَتْ عَلَيَّ فَأَخْبِرْنِيْ بِشَيْءٍ أَتَشَبَّثُ بِهِ. قَالَ: ((لاَ يَزَالُ لِسَانُكَ رَطْبًا مِنْ ذِكْرِ اللهِ)).
Maksud hadis;
Dari Abdullah bin Busr ra, dia berkata: Bahawa ada seorang lelaki berkata: “Wahai, Rasulullah ! Sesungguhnya syari’at Islam telah banyak bagiku, oleh karena itu, beritahulah kepada ku sesuatu untuk aku buat pegangan”. Beliau bersabda: “ Sentiasalah lidahmu basah kerana berzikir kepada Allah (lidahmu selalu mengucapkannya).”[8]

Rasullullah saw bersabda:

 ((مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ حَسَنَةٌ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا، لاَ أَقُوْلُ: {الـم} حَرْفٌ؛ وَلَـكِنْ: أَلِفٌ حَرْفٌ، وَلاَمٌ حَرْفٌ، وَمِيْمٌ حَرْفٌ)).
Maksud hadis;
“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al-Qur’an, akan mendapatkan satu kebaikan. Satu kebaikan akan digandakan sepuluh seumpamanya. Aku tidak berkata: Alif laam miim, satu huruf. Akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.”[9]

Rasullullah saw bersabda :

وَعَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: خَرَجَ رَسُوْلُ اللهِ  صلى الله عليه وسلم وَنَحْنُ فِي الصُّفَّةِ فَقَالَ: ((أَيُّكُمْ يُحِبُّ أَنْ يَغْدُوَ كُلَّ يَوْمٍ إِلَى بُطْحَانَ أَوْ إِلَى الْعَقِيْقِ فَيَأْتِيْ مِنْهُ بِنَاقَتَيْنِ كَوْمَاوَيْنِ فِيْ غَيْرِ اِثْمٍ وَلاَ قَطِيْعَةِ رَحِمٍ؟ )) فَقُلْنَا: يَا رَسُوْلَ اللهِ نُحِبُّ ذَلِكَ. قَالَ: ((أَفَلاَ يَغْدُوْ أَحَدُكُمْ إِلَى الْمَسْجِدِ فَيَعْلَمَ، أَوْ يَقْرَأَ آيَتَيْنِ مِنْ كِتَابِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ خَيْرٌ لَهُ مِنْ نَاقَتَيْنِ، وَثَلاَثٌ خَيْرٌ لَهُ مِنْ ثَلاَثٍ، وَأَرْبَعٌ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَرْبَعٍ، وَمِنْ أَعْدَادِهِنَّ مِنَ اْلإِبِلِ)).
Maksud hadis;
Dari Uqbah bin Amir ra, dia berkata: “Rasulullah saw keluar ketika kami berada di serambi masjid (Madinah). Lalu beliau bersabda: “Siapakah di antara kamu yang suka keluar setiap hari pergi ke wadi Buthhan atau wadi Al-Aqiq, lalu pulang dengan membawa dua ekor unta yang besar bonggolnya, tanpa membuat dosa atau memutuskan silaturrahim?” Kami (yang hadir) berkata: “Ya kami suka, wahai Rasulullah!” Lalu beliau bersabda: “ Mahukah seseorang di antara kamu pergi ke masjid, lalu mengetahui atau membaca dua potong ayat Al-Qur’an, hal itu lebih baik baginya daripada dua unta. Dan (bila memahami atau membaca) tiga (ayat) akan lebih baik daripada memperolehi tiga (unta). Dan (bila memahami atau membaca) empat ayat akan lebih baik baginya daripada memperoleh empat (unta), dan demikian dari seluruh bilangan unta.”[10]

Rasulullah saw bersabda:
((مَنْ قَعَدَ مَقْعَدًا لَمْ يَذْكُرِ اللهَ فِيْهِ كَانَتْ عَلَيْهِ مِنَ اللهِ تِرَةٌ، وَمَنِ اضْطَجَعَ مَضْجَعًا لَمْ يَذْكُرِ اللهَ فِيْهِ كَانَتْ عَلَيْهِ مِنَ اللهِ تِرَةٌ)).
Maksud hadis;
“Barangsiapa yang duduk di suatu tempat, sedang ia tidak berzikir kepada Allah di situ, pastilah dia mendapatkan hukuman dari Allah dan barangsiapa yang berbaring dalam suatu tempat lalu tidak berzikir kepada Allah, pastilah mendapatkan hukuman dari Allah.”[11]

Rasullullah saw bersabda
((مَا جَلَسَ قَوْمٌ مَجْلِسًا لَمْ يَذْكُرُوا اللهَ فِيْهِ، وَلَمْ يُصَلُّوْا عَلَى نَبِيِّهِمْ إِلاَّ كَانَ عَلَيْهِمْ تِرَةٌ، فَإِنْ شَاءَ عَذَّبَهُمْ وَإِنْ شَاءَ غَفَرَ لَهُمْ)).
Maksud hadis;
“Apabila suatu kaum duduk di satu majlis, sedang mereka tidak berzikir kepada Allah dan tidak membaca selawat kepada Nabinya, pastilah ia menjadi suatu kekurangan dan penyesalan mereka, maka jika Allah kehendaki Ia menyiksa mereka dan jika Ia kehendaki Ia mengampuni mereka.”[12]

Rasullullah saw bersabda
((مَا مِنْ قَوْمٍ يَقُوْمُوْنَ مِنْ مَجْلِسٍ لاَ يَذْكُرُوْنَ اللهَ فِيْهِ إِلاَّ قَامُوْا عَنْ مِثْلِ جِيْفَةِ حِمَارٍ وَكَانَ لَهُمْ حَسْرَةً)).

Maksud hadis;
“Setiap kaum yang keluar dari suatu majlis, yang mereka tidak berzikir kepada Allah di dalamnya, maka mereka seumpama berlalu dari bangkai keledai dan hal itu menjadi penyesalan kepada mereka (di hari Kiamat).”[13]
 




[1] - سورة البقرة آية :152
[2] - سورة الأحزاب آية : 41
[3] - سورة الأحزاب آية :35
[4] -سورة الأعراف ،آية :205
[5] HR. Al-Bukhari dalam Fathul Bari 11/208. Imam Muslim meriwayatkan dengan lafazh sebagai berikut:
((مَثَلُ الْبَيْتِ الَّذِيْ يُذْكَرُ اللهُ فِيْهِ وَالْبَيْتِ الَّذِيْ لاَ يُذْكَرُ اللهُ فِيْهِ مَثَلُ الْحَيِّ وَالْمَيِّتِ)).
“Perumpamaan rumah yang digunakan untuk berzikir kepada Allah dengan rumah yang tidak digunakan untuk berzikir, laksana orang hidup dengan yang mati”. (Shahih Muslim 1/539).
[6] HR. At-Tirmidzi 5/459, Ibnu Majah 2/1245. Lihat pula Shahih Tirmidzi 3/139 dan Shahih Ibnu Majah 2/316.
[7] HR. Al-Bukhari 8/171 dan Muslim 4/2061. Lafazh hadits ini riwayat Al-Bukhari.
[8] HR. At-Tirmidzi 5/458, Ibnu Majah 2/1246, lihat pula dalam Shahih At-Tirmidzi 3/139 dan Shahih Ibnu Majah 2/317.
[9] HR. At-Tirmidzi 5/175. Lihat pula Shahih At-Tirmidzi 3/9 dan Shahih Jaami’ush Shaghiir 5/340.
[10] HR. Muslim 1/553.
[11] HR. Abu Dawud 4/264; Shahihul Jaami’ 5/342.
[12] Shahih At-Tirmidzi 3/140.
[13] HR. Abu Dawud 4/264, Ahmad 2/389 dan Shahihul Jami’ 5/176.

Bottom Ad [Post Page]