Careline: 03 - 89275642 / 018 - 2375891 Isnin - Jumaat: 8.00 pagi - 5.00 petang
reg-2025
JAWATAN-KOSONG-2-AFT
zakat
sumbangan

AYAT YANG SEMPURNA / الجملة المفيدة






Kelas Nahu
An-Nahul Wadih / النحو الواضح

Kelas Nahu
An-Nahul Wadih


AYAT YANG SEMPURNA

Contoh-contoh ayat;
1.       Kebun itu cantik
2.       Matahari itu telah terbit
3.       Ali telah mencium bunga ros
4.       Mudammad telah memetik bunga
5.       Ikan hidup di dalam air
6.       Pohon Kurma terdapat banyak di Mesir




Huraiannya;
Jika kita perhatikan susunan ayat yang pertama , kita dapati ianya tersusun daripada dua perkataan . Perkataan pertama ialah ( البستان  - Kebun itu) dan perkataan yang kedua ialah ( جميل - cantik ) . Jika kita hanya menggunakan perkataan yang pertama iaitulah ( البستان – Kebun itu ) kita hanya dapat faham makna perkataan secara tunggal yang tidak cukup untuk digunakan untuk bertutur. Begitu jugalah halnya kalau kita hanya menggunakan perkataan yang ke dua iaitu ( جميل – cantik ). Akan tetapi jika kita gabungkan perkataan pertama kepada perkataan ke dua sebagaimana yang tedapat pada contoh ayat yang pertama itu  dan kita katakana ( البستان جميل  - Kebun itu cantik ) dapat kita memahami makna ayat itu dengan sempurna dan dapat faedah yang sempurna dari ayat tersebut . Iaitulah kebun tersebut bersifat dengan sifat cantik . Oleh kerana itu susunan ayat ini dinamakan sebagai ayat yang sempurna. Setiap perkataan dari dua perkataan ini dikira sebahagian dari komponen ayat ini. Begitulah juga halnya dengan ayat-ayat lain dalam contoh yang lepas.




Dari sini kita dapat lihat bahawa perkataan yang tunggal semata-mata tidak cukup untuk diguna sebagai alat pengucapan . Ia memerlukan kepad  dua perkataan atau lebih sehingga manusia dapat mengambil faedah yang sempurna darinya . Manakala perkataan-perkataan seperti ;  
قُمْ  - Bangunlah ( engkau ) ,  اِجْلِسْ Duduklah ( engkau ) ,  تَكَلَّمْ- Bercakaplah ( engkau ) yang perkata-perkataan ini pada zahirnya nampak  ia sebagai perkataan tunggal yang cukup untuk digunakan sebagai ungkapan ayat perbualan . Sebenarnya ia bukanlah perkataan yang tunggal, akan tetapi ia adalah ayat yang terdiri dari dua perkataan . Salah satu dari perkataan itu dilafazkan seperti perkataan - قُمْ  - Bangunlah ( engkau ) – sebagai contohnya manakala satu perkataan lagi terdiri dari perkataan yang tidak dilafazkan iaitulah perkataan ( أنت   ) . Ia adalah perkataan yang dapat difahami oleh pendengar melalui ayat yang diucapkan walaupun ia tidak disebut.
KAEDAH TATABAHASA
1.       Susunan perkataan yang memberi faedah yang sempurna dinamakan sebagai ayat yang sempurna . Ia juga dinamakan sebagai – كلام  - Kalam.
2.       Ayat yang sempurna boleh tersusun dari dua perkataan atau lebih . Setip perkataan yang terdapat dalam ayat itu akan dikira sebagai sebahagian perkataan yang membina ayat tersebut.
 




Bottom Ad [Post Page]