TAKLIMAT KESEDARAN KESIHATAN & PENCEGAHAN HIV/AIDS DI MAHAD TAHFIZ AT-TAYYIBAH
SEPANG, 10 Jun 2026 – Satu Taklimat Kesedaran Kesihatan & Pencegahan HIV/AIDS telah diadakan di Maahad Tahfiz At-Tayyibah, bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai HIV/AIDS, di samping membentuk jati diri yang kukuh serta memupuk sikap tanggungjawab dan nilai murni dalam penjagaan kesihatan diri.
Sepanjang sesi taklimat, para pelajar didedahkan kepada maklumat berkaitan kesedaran kesihatan dan pencegahan penularan HIV/AIDS sebagai langkah awal membina generasi yang lebih berilmu dan berwaspada.
Program ini telah disampaikan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Sepang, yang turut berkongsi input kesihatan secara menyeluruh kepada para pelajar.
Pihak penganjur berharap program seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha memperkukuh sahsiah pelajar serta meningkatkan tahap kesedaran kesihatan dalam kalangan generasi muda.





