Majlis Penyerahan Slip Keputusan SPM 2025
🗓️ Tarikh: Khamis (2/4/2026)
⏰ Masa: 2.30 petang – 3.45 petang
📍 Tempat: Surau Maahad Tahfiz At-Tayyibah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & salam sejahtera ibu bapa yang dihormati 🤍
Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Ilahi, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah pun diumumkan 📢✨
Alhamdulillah… hasil daripada usaha tanpa jemu para pelajar, serta doa dan sokongan berterusan daripada guru-guru dan ibu bapa, kita dikurniakan berita yang sangat membanggakan — 🎉 SEMUA 13 orang calon daripada Maahad Tahfiz At-Tayyibah LULUS dan layak menerima sijil SPM! 🎉
💎 Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar atas pencapaian cemerlang mereka seperti berikut:
🏆 Muhammad Anas bin Mahmud Fauzi – 8A (straight A)
🌟 6A
Wardah Syafiah Husaini Abdul Rahman
Hurin Sholehah binti Mohamad Azni
🌟 5A
Nur Hijanah binti Che Arifin
Muhammad Solih bin Ahmad Jaafar Sadzik
🌟 3A
Muhammad Muaz bin Mahmud Fauzi
Muhammad Danish Hasif bin Izzatfithri Aminy
Saidatul Nur Zahirah binti Supian Shahuri
🌟 2A
Syed Ahmad Akmal bin Syed Ab Aziz
🌈 Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan. Teruskan melangkah dengan penuh yakin — ini baru permulaan! 🚀
Terima kasih dan jzkk kepada semua ibu bapa dan para penyumbang yang menjadi sebahagian daripada kejayaan ini. Semoga SPM tahun 2027 akan lebih meningkat dan lebih cemerlang 🙏
Sekian, terima kasih 🤍
Maahad Tahfiz At-Tayyibah


















