Program Iftar Jamaie & Majlis Khatam Al-Quran MTT 2026
Tarikh: 17 Mac 2026
Hari: Selasa
Masa: 5.00 pm – 11.00 pm
Alhamdulillah, Maahad Tahfiz At-Tayyibah (MTT) telah berjaya menganjurkan Program Iftar Jamaie & Majlis Khatam Al-Quran 2026 dalam suasana yang penuh keberkatan serta kesyukuran.
Program ini menghimpunkan para huffaz, tenaga pengajar, ibu bapa serta para jemputan dalam satu majlis yang bukan sahaja bertujuan untuk berbuka puasa bersama, malah turut meraikan pencapaian para pelajar dalam menamatkan bacaan Al-Quran.
Majlis dimulakan dengan pengisian rohani, diikuti dengan sesi bacaan Kalamullah serta acara penyampaian hadiah kepada para pelajar yang telah menamatkan bacaan Al-Quran.
Suasana diteruskan dengan majlis berbuka puasa secara berjemaah yang mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan semua yang hadir. Kemeriahan jelas terpancar apabila semua berkumpul dengan satu matlamat, iaitu mengimarahkan bulan Ramadan dengan amalan yang bermanfaat.
Pihak MTT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha ini diberkati dan menjadi asbab lahirnya generasi Al-Quran yang cemerlang.
“Bersama Membina Generasi Al-Quran”



























