Pada hari Jumaat, 20 Jun 2025, Maahad Tahfiz At-Tayyibah telah menganjurkan satu Taklimat Skim Pencen dan Pelaburan Persaraan yang berlangsung dengan jayanya. Program ini dijalankan dengan kerjasama wakil perunding kewangan dari Public Mutual.
Taklimat ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada semua guru dan staf tentang pentingnya perancangan kewangan persaraan, selain menerangkan manfaat skim pencen dan pelaburan jangka panjang patuh syariah.
Antara intipati utama yang dibentangkan termasuk:
- Kepentingan memulakan simpanan persaraan dari sekarang
- Pilihan dan kelebihan menyertai skim pencen Public Mutual
- Peluang pelaburan yang berlandaskan prinsip syariah
- Sesi soal jawab interaktif bersama perunding
Semoga taklimat ini menjadi titik permulaan kepada tindakan kewangan yang lebih bijak serta memberi kesedaran tinggi kepada warga Maahad terhadap pentingnya perancangan kewangan yang sistematik dan persaraan yang terjamin.