Program Jiwa Murni berlangsung dengan jayanya pada 22 Jun 2025 di Masjid Jamek. Program bermula seawal pagi dan diisi dengan pelbagai aktiviti berbentuk kerohanian, ilmiah dan amali.
Antara pengisian program:
- Solat Subuh berjemaah & kuliah subuh
- Sarapan pagi bersama jemaah
- Pameran senjata dan mobiliti tentera
- Ceramah teori sembelihan menurut syarak
- Amali sembelihan secara langsung
- Jamuan makan tengah hari
- Solat Zohor berjemaah dan bersurai
Program ini bertujuan memupuk nilai murni dalam kalangan masyarakat serta menyemai kefahaman berkenaan aspek ibadah dan keselamatan negara. Pihak Maahad Tahfiz At-Tayyibah turut hadir menyertai program ini sebagai salah satu usaha mendidik pelajar dengan ilmu bersepadu. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan pada masa akan datang.