Careline: 03 - 89275642 / 018 - 2375891 Isnin - Jumaat: 8.00 pagi - 5.00 petang
reg-2025

BENGKEL PENYELARASAN PROGRAM PEMUTIHAN SEKOLAH

Pada 20 Mac 2025, wakil pentadbiran dari Maahad Tahfiz At-Tayyibah (MTT) telah menghadiri Bengkel Penyelarasan Program Pemutihan Sekolah Islam, anjuran Bahagian Pendidikan Islam JAIS. Bengkel ini melibatkan institusi tahfiz persendirian dan pondok di seluruh Selangor dengan tujuan menyelaras maklumat serta data pemutihan sekolah Islam.

Bertempat di lokasi yang ditetapkan mengikut daerah, bengkel berlangsung dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang, melibatkan Unit Pendidikan Islam (UPI) daerah dan Persatuan Institusi Tahfiz Selangor (PITAS).

  • Mapping sekolah Islam mengikut daerah
  • Penyelarasan Pendaftaran sekolah
  • Semakan nama & kod sekolah serta kelulusan PBT
  • Pelan Pasca Pemutihan

Sepanjang bengkel, peserta diberi penerangan terperinci berkaitan proses pemutihan sekolah Islam bagi memastikan institusi yang terlibat mematuhi garis panduan pendaftaran yang ditetapkan.

Terima kasih kepada JAIS, UPI daerah, dan PITAS atas penganjuran bengkel ini. Semoga hasil perbincangan dan penyelarasan ini memberi manfaat kepada semua institusi tahfiz di Selangor.

#MaahadTahfizAtTayyibah #BengkelPemutihan #TahfizSelangor #JAIS #PITAS

1
2
3
4
5
6
7
8

Bottom Ad [Post Page]