Nota Harfiah
Kelas Rabu - Muslimat
Surau Saujana Impian- Kajang
Kelas Rabu - Muslimat
Surau Saujana Impian- Kajang
Surah Al- Ikhlas
Mendengar Tilawah;
سورة الإخلاص
1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku)
ialah Allah Yang Maha Esa;
قل -أيها
الرسول-: هو الله المتفرد بالألوهية والربوبية والأسماء والصفات، لا يشاركه أحد
فيها.
Katakanlah (wahai Muhammad) -
Wahai Nabi -: Dialah Allah yang
Maha Esa yang memiliki sifat Uluhiyyah , Rububiyyah dan Asma’ dan Sifat-sifat
yang Maha Mulia dan tiada sekutu bagiNya
dengan suatu apa pun.
Nota;
1. Tauhid Uluhiyyah ialah ; mengesakan Allah dalam segala jenis
ibadat. Sesungguhnya Ia sahajalah yang berhak diabdikan dan tidak kepada
selainNya. ( Ismail Omar – Manhaj Akidah Ahli sunnah Wal –Jamaah : ms 97 )
2. Tauhid Rububiyyah ialah ; Iktikad yang kukuh bahawasanya Allah
itu adalah tuhan ( Ar-Rab ) bagi segala sesuatu dan tiada tuhan selain dariNya.
( Ismail Omar – Manhaj Akidah Ahli sunnah Wal –Jamaah : ms 89 )
3. Tauhid Asma’ Dan Sifat ialah
; Beri’tikad dengan kukuh bahawa Allah Taala adalah disifatkan dengan segala
sifat-sifat kesempurnaan, bersih dari segala sifat-sifat kekurangan dan sifat-sifatNya
itu khusus bagiNya tanpa menyerupai sifat-sifat makhluk. ( Ismail Omar – Manhaj
Akidah Ahli sunnah Wal –Jamaah : ms 131 )
2. "Allah yang menjadi tumpuan sekalian
makhluk untuk memohon sebarang hajat;
الله وحده المقصود
في قضاء الحوائج والرغائب.
Allah s.w.t sahaja telah
tujuan untuk memenuhi segala keperluan dan
kehendak.
3. "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak
diperanakkan;
ليس له ولد ولا
والد ولا صاحبة.
Ia tiada beranak tidak juga bapa mahupun
isteri.
4. "Dan tidak ada sesiapapun yang setara
denganNya".
ولم يكن له
مماثلا ولا مشابهًا أحد من خلقه, لا في أسمائه ولا في صفاته, ولا في أفعاله, تبارك
وتعالى وتقدَّس.
Dan tidak ada sesuatu pun yang setara atau serupa denganNya, tidak pada nama-nama serta
sifat-sifatNya yang Maha Mulia, mahupun
dalam perbuatanNya. Allah yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi
dan Maha Suci