Nota Harfiah
Kelas Rabu - Muslimat
Surau Saujana Impian- Kajang
Kelas Rabu - Muslimat
Surau Saujana Impian- Kajang
Surah Al-Falaq
Mendengar tilawah;
سورة الفلق
1. Katakanlah (Wahai Muhammad); "Aku
berlindung kepada (Allah) Tuhan Yang menciptakan al-falak ( iaitu waktu subuh )
قل -أيها الرسول-: أعوذ وأعتصم برب الفلق, وهو الصبح.
Katakanlah (wahai Muhammad) - Wahai Nabi -: Aku
berlindung dan menyelamatkan diri kepada tuhan yang
menjadikan al falaq iaitu waktu subuh.
2. "Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia
ciptakan;
من شر جميع المخلوقات وأذاها.
Dari
kejahatan dan bahaya. semua makhluk yang Ia ciptakan
3. "Dan dari bahaya gelap malam apabila ia menjadi gelap gelita;
ومن شر ليل شديد الظلمة إذا دخل وتغلغل, وما فيه من الشرور والمؤذيات.
Dan dari bahaya waktu malam yang
menjadi sangat gelap serta kejahatan dan bahaya yang terdapat
di dalamnya.
4. "Dan dari kejahatan perempuan-perempuan
sihir yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
ومن شر الساحرات اللاتي ينفخن فيما يعقدن من عُقَد بقصد السحر.
Dan dari kejahatan
perempuan-perempuan sihir yang meniupkan
pada tali yang dipintal untuk tujuan sihir.
5. "Dan dari kejahatan orang yang dengki
apabila ia menjadi dengki".
ومن شر حاسد مبغض للناس إذا حسدهم على ما وهبهم الله من نعم, وأراد
زوالها عنهم، وإيقاع الأذى بهم.
Dan dari kejahatan orang dengki
yang merasa marah kepada orang lain atas nikmat yang
Allah s.w.t kurniakan ke atas mereka dengan maksud menghapuskan nikmat-nikmat
itu dari mereka serta mendatang kecelakaan ke atas diri mereka.