Kitab Sirah yang dipaparkan di blog ini adalah dari sumber; edisi arab dan terjemahannya di petik dari ( www.mykonsis.org ) dengan sedikit ubah suai terjemahannya.
Tujuannya supaya para pelajar yang ingin meningkatkan penguasaan bahasa arab dapat membuat perbandingan ketika latihan terjemahan diadakan. Dengan itu adalah diharapkan kemahiran mereka akan dapat dipertingkatkan, insyaAllah
Tujuannya supaya para pelajar yang ingin meningkatkan penguasaan bahasa arab dapat membuat perbandingan ketika latihan terjemahan diadakan. Dengan itu adalah diharapkan kemahiran mereka akan dapat dipertingkatkan, insyaAllah
السيرة النبوية
دروس وعبر
الدكتور/ مصطفى السباعي
مقدمة المؤلف
الحمد
لله الذي أرسل رسوله بالبينات والهدى، ليخرجوا الناس من الظلمات إلى النور،
ويهدوهم إلى صراط العزيز الحميد.
SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W.
PENGAJARAN & PEDOMAN
***
Dr. Mustafa as-Syibaie
***
PENGAJARAN & PEDOMAN
***
Dr. Mustafa as-Syibaie
***
PRAKATA
Segala puji bagi Allah yang telah mengutuskan para Rasul-Nya dengan
membawa
keterangan dan petunjuk. Tujuannya agar mereka dapat mengeluarkan
manusia daripada kegelapan kepada cahaya, dan menunjukkan kepada mereka jalan
Allah Yang Maha Agung lagi Terpuji.
والصلاة
والسلام على أفضل رسله، وأشرف دعاته، سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم الذي ختم الله
به رسله، فجعل سيرته قدوة لكل مؤمن في جميع شؤون الحياة صغيرها وكبيرها، وختم
بدينه الشرائع، فجعل رسالته أكمل الرسالات وأوفاها بحاجات الناس في مختلف بيئاتهم
وعصورهم، صلى الله وسلم عليه وعلى أصحابه الهداة البررة الذين علم الله فيهم سلامة
الفطرة، وصدق العقيدة، وعظيم التضحية، فشرفهم بحمل رسالة الإسلام إلى أمم الأرض،
فأراقوا في سبيلها دماءهم، وفارقوا من أجلها ديارهم، حتى أدوا الأمانة، وبلغوا
الرسالة، ونصحوا لله ورسوله، فكان لهم فضل على الإنسانية لا يعرف مداها، ودين في
عنق كل مسلم حتى يرث الله الأرض ومن عليها، رضوان الله عليهم وعلى من أحبهم وحمل
لواء الدعوة إلى الله من بعدهم حتى يوم الدين.
Selawat dan salam ke atas sebaik-baik Rasul dan semulia-mulia pendakwahNya;
Saidina
Muhammad s.a.w., yang merupakan penutup segala rasul. Justeru itu, Allah
s.w.t menjadikan sirahnya sebagai suri teladan kepada setiap mukmin dalam semua
aspek kehidupan mereka; kecil mahupun besar.
Syariat yang dibawa Baginda juga adalah penyudah segala syariat. justeru
itu Allah menjadikan risalah Baginda sebagai risalah yang paling sempurna dan
paling dapat memenuhi keperluan manusia
di pelbagai suasana dan zaman. Selawat dan salam ke atas Baginda s.a.w. dan
para sahabatnya yang membawa petunjuk lagi berbakti; golongan yang diketahui
Allah memiliki kesejahteraan fitrah,kebenaran aqidah dan keagungan pengorbanan
mereka. Oleh kerana itu Allah memuliakan mereka melalui tanggungjawab
menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia di muka bumi ini. Mereka
sanggup mengalirkan darah dan meninggalkan tanah air demi memperjuangkan
risalah Islam sehinggalah mereka berjaya menunaikan tanggungjawab yang
diamanahkan, menyampaikan risalah, memberikan nasihat kerana Allah dan
Rasul-Nya. Justeru itu mereka telah membuat jasa yang begitu banyak kepada
kemanusiaan yang tidak mampu digambarkan.
Setiap orang Islam terhutang budi kepada mereka sehingga hari Kiamat.
Semoga keredhaan
Allah menjadi milik mereka dan milik sesiapa sahaja yang menyintai
mereka serta memperjuangkan panji-panji dakwah selepas mereka sehingga hari
kiamat.