وبعد
فهذه مذكرات كتبتها على عجل وشدة من المرض بعد أن ألقيتها محاضرة مفصلة على طلاب
السنة الأولى في كلية الشريعة توخيت فيها أن أبرز أوضح مظاهر الأسوة في سيرة
الرسول الكريم صلى الله عليه وسلم، مما ينبغي على كل مسلم وداعية إلى الله عز وجل،
وعالم بالشريعة، وحامل لفقهها، أن يتدبره ويجعله نصب عينيه، ليكون له شرف الاقتداء
برسوله صلى الله عليه وسلم، وليفتح أمامه باب النجاح في دعوته بين الناس، وباب
القبول والرضى من الله جل شأنه، وليكتب له شرف الخلود مع رسوله صلى الله عليه وسلم
في جنات النعيم، فإن الله تعالى يقول: {وَمَن يُطِعِ اللّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي
مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ}
[النساء: 13].
Catatan ini saya tulis secara tergesa-gesa dan ketika itu saya sedang
sakit tenat. Iaitu selepas saya menyampaikannya dalam beberapa kuliah kepada mahasiswa
tahun pertama Fakulti Syariah. Dalam catatan tersebut saya cungkilkan beberapa aspek
qudwah yang terdapat dalam sirah Rasulullah s.a.w.. Setiap individu Islam, para
pendakwah, ulama dan fuqaha hendaklah meneliti dan sentiasa menjadikan sirah Baginda s.a.w.suatu
keutamaan supaya mereka memiliki
kemuliaan lantaran mengambil teladan daripada Rasulullah s.a.w.. agar mereka juga
mampu membuka pintu kejayaan dakwah kepada manusia dan mendapat keredhaan Allah
serta segala amalnya diterima. Mudah-mudahan mereka mendapat kemuliaan berada bersama
Rasulullah s.a.w. di dalam syurga yang kekal abadi. Sesungguhnya Allah
berfirman:
{وَمَن
يُطِعِ اللّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ
خَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ} [النساء: 13].
Maksudnya;
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh Allah
ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai,mereka kekal di
dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. (An-Nisa':13)
هذا
وقد جعلت البحث وفق المنهج التالي:
أ- مقدمة وتشتمل على بحثين:
1-
في ميزة
السيرة النبوية والفائدة من دراستها.
2-
في مصادر
السيرة النبوية ومراجعها الصحيحة.
Saya membahagikan perbincangan ini berdasarkan metodologi berikut;
A. Muqaddimah. Ia mengandungi dua perbincangan;
1. Membincangkan keistimewaan sirah Rasulullah s.a.w.
dan faedah mempelajarinya.
2. Membincangkan sumber sirah dan rujukannya
yang sahih.
ب- في فقه سيرته صلى الله عليه وسلم ويشتمل على عشرة فصول:
· الفصل الأول- في حياته صلى الله عليه وسلم قبل البعثة.
· الفصل الثاني- في حياته بعد البعثة إلى الهجرة إلى الحبشة.
· الفصل الثالث- في حياته بعد هجرة الحبشة إلى الهجرة للمدينة.
· الفصل الرابع- في هجرته حتى استقراره بالمدينة.
· الفصل الخامس- في معاركه الحربية منذ غزوة بدر حتى فتح مكة.
· الفصل السادس- في انتشار الإسلام في جزيرة العرب بعد الفتح.
· الفصل السابع- في حياته بعد الفتح إلى الوفاة.
· الفصل الثامن- في خصائص التشريع الإسلامي في المدينة.
· الفصل التاسع- في أخلاقه وافتراءات المستشرقين والمبشرين.
· الفصل العاشر- في أثره وأثر رسالته في العالم.
B. Fiqh sirah. la mengandungi 10 bahagian
Kehidupan Baginda sebelum diutuskan menjadi Rasul
Kehidupan Baginda selepas menjadi
Rasul sehingga hijrah ke Habsyah
Kehidupan Baginda selepas hijrah ke Habsyah
sehingga hijrah ke Madinah.
Penghijrahan Baginda sehingga kedudukan Baginda
stabil di Madinah.
Peperangan Baginda bermula dari peperangan Badar
sehingga Pembukaan Makkah.
Perkembangan Islam di semenanjung tanah Arab
selepas Pembukaan Makkah.1
Kehidupan Baginda selepas Pembukaan Makkah sehingga
kewafatan.
Ciri-ciri perundangan Islam di Madinah.
Akhlak Baginda serta fitnah orientalis dan
missionaris.
Pengaruh Baginda dan risalahnya kepada alam.
والله
أسأل أن يوفقني في مثل هذه العجالة القصيرة المستعجلة إلى إمعان النظر في السيرة
النبوية بما يؤدي إلى الغرض المتوخى من تدريس هذه المادة في كلية الشريعة بحيث
يحمل طلابها وطالباتها على أن يتعشقوا دراسة سيرته الطاهرة، فيحملوا من معانيها
ودروسها في نفوسهم ما يجعلهم قدوة للناس في استقامتهم وصلاح سيرتهم، وحسن هديهم في
الدعوة إلى الإصلاح حتى يعود الرسول صلى الله عليه وسلم للمسلمين شمسا منيرة تبدد
ظلمات حياتهم، وتمدهم بالحرارة والدفء في قلوبهم وعقولهم وسلوكهم فيعود للمجتمع
الإسلامي صفاؤه واستقامته ومثاليته التي تجعله من جديد في مكان الصدارة والقيادة
لشعوب العالم، ويتحقق بذلك قول الله فينا نحن المسلمين مرة أخرى: {كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ
بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللّهِ}[آل
عمران:111].
دمشق رمضان 1381هـ
مصطفى السباعي
Saya memohon kepada Allah agar memberi taufiq kepada saya untuk meneliti
dengan detil Sirah Nabi s.a.w. dalam tempoh masa yang singkat dan
tergopoh-gapah ini. Supaya matlamat pengajaran subjek ini di Kuliah Syariah dapat dicapai. Pihak
Kuliah Syariah sedang berusaha menanam minat kepada para mahasiswa dan mahasiswinya agar
mempelajari pengajian Sirah Baginda yang bersih. Oleh itu mereka akan membawa
nilai-nilai dan pengajaran sirah ke dalam jiwa mereka. Hasilnya, sikap istiqamah,
perjalanan hidup yang bersih dan usaha-usaha pengislahan yang mereka lakukan akan menjadi
teladan kepada orang ramai. Hingga seolah-olah Rasulullah s.a.w. hidup dalam kehidupan umat
Islam umpama sinaran mentari yang menyinari kegelapan kehidupan mereka. la
membekalkan tenaga kepada hati, akal dan tingkah laku mereka. Lantaran itu kemurniaan,
istiqamah dan idealisme masyarakat Islam dapat dikembalikan. Sekaligus bakal menempatkan mereka
sekali lagi di persada kepimpinan dan peneraju bangsa-bangsa di dunia. Firman Allah
Taala mengenai
kita umat Islam dapat dicapai sekali lagi:
{كُنتُمْ
خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ
عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللّهِ}[آل عمران:111].
Maksudnya;
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi
(faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik
dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu
pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Ali 'Imran: 110)
Mustofa as-Sibaie
Damsyik, Ramadhan 1381H
Nota ;
1 Bahagian 6
hingga Bahagian 10 tidak sempat dibahaskan oleh penulis mengikut pembahagian
ini. Dalam
Bahagian 6, beliau hanya mengulas beberapa pengajaran daripada berbagai
peristiwa penting yang berlaku
selepas Pembukaan Makkah sehingga kewafatan Baginda s.a.w.. Bahagian 6
ini ditulis di bawah topik,
"Peristiwa-peristiwa penting
yang berlaku selepas Pembukaan Makkah sehingga kewafatan Rasul s.a.w."
(pent.)