Careline: 03 - 89275642 / 018 - 2375891 Isnin - Jumaat: 8.00 pagi - 5.00 petang

PANDUAN DALAM PENGAJARAN KITAB INI / إرشادات في طريقة التدريس



Kelas Nahu
An-Nahul Wadih




PANDUAN DALAM PENGAJARAN KITAB INI

1)    Pengajaran Kaedah-kaedah Bahasa Arab hendaklah;
(a)        Menulis contoh-contoh yang disediakan oleh guru dengan jelas di papan hitam.
(b)       Para pelajar diminta untuk membaca contoh-contoh tersebut.
(c)        Guru membuat perbincangan dan rumusan berdasarkan apa yang telah kami jelaskan di dalam kitab.
(d)       Kaedah-kaedah bahasa Arab itu hendaklah ditulis dengan jelas di atas papan hitam setelah dibuat rumusan.
(e)        Bentuk-bentuk persamaan dan perbezaan di antara tajuk pelajaran baru dengan pelajaran yang lepas hendaklah dijelaskan sekiranya ada faedah
(f)         Para pelajar diminta untuk menulis ayat-ayat berdasarkan takrifan dan kaedah-kaedah yang telah mereka rumuskan. Guru pula perlulah membantu pelajar dalam memilih topik-topik yang ditulis itu berkaitan dengan kehidupan umum atau topik yang secara semulajadinya menjadi kecenderungan pelajar untuk menulisnya.
(g)        Menghubungkan pembelajaran kaedah bahasa Arab dengan pelajaran insyak ( penulisan karangan ) dengan kadang-kadang menjadikan contoh bagi tatabahasa Arab sebagai satu tajuk karangan . Seperti pada waktu pembelajaran insyak ( penulisan karangan bahasa Arab ) pelajar diminta untuk membuat karangan berdasarkan kaedah tatabahasa arab yang telah mereka pelajari.

( Ujian secara lisan – bersambung )


Bottom Ad [Post Page]