Nota Pengajian Harfiah
Kelas Muslimat KajangRabu 23 Jan 2013
Mendengar Tilawah
سورة الفيل
Huraian;
1. Tidakkah
Engkau mengetahui Bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa)
Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?
ألم تعلم -أيها الرسول- كيف فعل ربك
بأصحاب الفيل: أبرهة الحبشي وجيشه الذين أرادوا تدمير الكعبة المباركة؟
Adakah anda tidak tahu -
Wahai Nabi - apa
yang Tuhan lakukan kepada tentera
bergajah: Abrahah yang berbangsa Habshah dan
tenteranya yang mahu memusnahkan Kaabah diberkati itu?
2. Bukankah
Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka Dalam keadaan Yang rugi dan memusnahkan mereka?
ألم يجعل ما دبَّروه من شر في إبطال
وتضييع؟
Tidakkah Allah telah menjadikan perancangan jahat mereka dalam terhapus dan sia-sia?
3. Dan ia
telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, -
4. Yang
melontar mereka Dengan batu-batu dari sejenis tanah Yang dibakar keras, -
وبعث عليهم طيرًا في جماعات متتابعة,
تقذفهم بحجارة من طين متحجِّر.
Dan Allah menghantarkan kepada mereka burung dalam kumpulan berturut-turut
(berbondong-bondong ) yang melontarkan ke atas mereka batu dari sejenis tanah yang
dibakar keras .
5. Lalu ia
menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.
فجعلهم به محطمين كأوراق الزرع
اليابسة التي أكلتها البهائم ثم رمت بها
Maka Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti
daun tanaman kering yang
dimakan oleh haiwan ternakan dan
kemudian meluahkannya.

