Nota Harfiah
Kelas Sabtu – Muslimin / Rabu - Muslimat
Balai Islam Sg. Merab / Surau Saujana Impian- Kajang
Kelas Sabtu – Muslimin / Rabu - Muslimat
Balai Islam Sg. Merab / Surau Saujana Impian- Kajang
Surah al
Fatihah ayat 5-7
Mendengar tilawah;
5. Hanya sanya kepada Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami
sembah, dan hanya sanya kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
إنا نخصك وحدك بالعبادة, ونستعين بك
وحدك في جميع أمورنا, فالأمر كله بيدك, لا يملك منه أحد مثقال ذرة. وفي هذه الآية
دليل على أن العبد لا يجوز له أن يصرف شيئًا من أنواع العبادة كالدعاء والاستغاثة
والذبح والطواف إلا لله وحده, وفيها شفاء القلوب من داء التعلق بغير الله, ومن
أمراض الرياء والعجب, والكبرياء.
Kami hanya mengkhususkan ibadat kami semata-mata kepada
Mu dan kami hanya mohon pertolongan dalam semua urusan kami semata-mata kepada
Mu. Semua perkara di tangan Mu, sesiapapun tidak memilikinya
walau sebesar zarah.
Ayat ini menunjukkan bahawa seseorang pun tidak boleh memalingkan sebarang jenis ibadat seperti doa , istighasah ( selamatan ), penyembelihan dan tawaf melainkan hanya kepada Allah semata-mata. Ayat ini juga merupakan ubat kepada hati dari penyakit kebergantungan kepada selain Allah . Ia juga penyembuh kepada penyakit riya’ , ujub ( merasa hairan dengan diri kelebihan diri ) dan penyakit sombong.
6.
Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
دُلَّنا, وأرشدنا, ووفقنا إلى الطريق
المستقيم, وثبتنا عليه حتى نلقاك, وهو الإسلام، الذي هو الطريق الواضح الموصل إلى
رضوان الله وإلى جنته, الذي دلّ عليه خاتم رسله وأنبيائه محمد صلى الله عليه وسلم,
فلا سبيل إلى سعادة العبد إلا بالاستقامة عليه.
Tunjukkanlah kami,
bimbinglah kami dan berikanlah kami taufik menuju jalan yang lurus
. Tetapkanlah kami atas jalan yang lurus sehingga kami bertemu dengan Mu .
Jalan yang lurus itu ialah jalan Islam . Ia adalah jalan yang jelas menuju keredhaan
Allah s.w.t dan syurgaNya. Jalan ini telah pun ditunjukkan oleh penutup segala
nabi dan rasul Muhammad s.a.w . Tiada jalan lain kepada kebahagiaan seseorang
hamba itu melainkan dengan beristiqomah atas jalan ini.
7.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan
(jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang
yang sesat.
طريق الذين أنعمت عليهم من النبيين
والصدِّيقين والشهداء والصالحين, فهم أهل الهداية والاستقامة, ولا تجعلنا ممن سلك
طريق المغضوب عليهم, الذين عرفوا الحق ولم يعملوا به, وهم اليهود, ومن كان على
شاكلتهم, والضالين, وهم الذين لم يهتدوا, فضلوا الطريق, وهم النصارى, ومن اتبع
سنتهم. وفي هذا الدعاء شفاء لقلب المسلم من مرض الجحود والجهل والضلال, ودلالة على
أن أعظم نعمة على الإطلاق هي نعمة الإسلام, فمن كان أعرف للحق وأتبع له, كان أولى
بالصراط المستقيم, ولا ريب أن أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم هم أولى الناس
بذلك بعد الأنبياء عليهم السلام, فدلت الآية على فضلهم, وعظيم منزلتهم, رضي الله
عنهم. ويستحب للقارئ أن يقول في الصلاة بعد قراءة الفاتحة:(آمين), ومعناها: اللهم
استجب, وليست آية من سورة الفاتحة باتفاق العلماء; ولهذا أجمعوا على عدم كتابتها
في المصاحف.
Iaitu
jalan orang-orang yang
Engkau telah kurniakan nikmat ke atas mereka dari kalangan para nabi , para siddiqin, para syuhada’ dan orang-orang yang soleh. Merekalah golongan
yang mendapat hidayah dan istiqomah.
Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami di kalangan orang-orang yang mengikuti jalan orang-orang yang Engkau telah murka . Iaitu golongan yang mengetahui kebenaran tetapi mereka tidak beramal dengannya. Golongan ini ialah orang Yahudi dan golongan yang seperti mereka.
Ya Allah, janganlah pula Engkau jadikan kami di kalangan orang-orang yang mengikuti jalan orang-orang yang sesat. Iaitu golongan yang tidak mendapat petunjuk kepada kebenaran lalu mereka tersesat jalan . Mereka ini ialah orang kristian dan yang mengikuti jalan mereka .
Dalam doa ini
terdapat ubat yang dapat menyembuhkan hati seorang muslim dari
penyakit kekufuran, kejahilan
dan kesesatan. Doa ini juga
merupakan petunjuk bahawa nikmat yang paling agung ialah nikmat Islam.
Maka sesiapa yang paling mengetahui kebenaran dan paling
mengikuti akan kebenaran itu, maka ia adalah orang yang paling utama untuk
mendapat titian shirat al mustaqim itu ( jalan Islam ) sudah semestinya mereka
ini terdiri dari sahabat Rasulullah s.a.w . Mereka ini adalah golongan yang
paling utama selepas para nabi . Sehubugan dengan itu, ayat ini telah
menjelaskan tentang kelebihan para sahabat dan kedudukan mereka yang tinggi –
semoga Allah meredhai mereka semua.
Para pembaca adalah disunatkan untuk membaca Amin di akhir bacaan
surah al fatihah ini. Maksudnya ; Ya Allah perkenankanlah doa .
Walaubagaimanapun ia bukanlah satu ayat dari surah Al Fatihah sebagaimana yang disepakati oleh para ulamak. Justeru itu mereka bersepakat bahawa ia tidak ditulis dalam
Al-Quran.