Nota Harfiah
Kelas Sabtu – Muslimin / Rabu - Muslimat
Balai Islam Sg. Merab / Surau Saujana Impian- Kajang
Kelas Sabtu – Muslimin / Rabu - Muslimat
Balai Islam Sg. Merab / Surau Saujana Impian- Kajang
Surah al
Fatihah ayat 1-4
Mendengar tilawah
سورة الفاتحة
Huraiannya:
1.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
سورة الفاتحة سميت هذه السورة بالفاتحة;
لأنه يفتتح بها القرآن العظيم, وتسمى المثاني; لأنها تقرأ في كل ركعة, ولها أسماء أخر.
أبتدئ قراءة القرآن باسم الله مستعينا به,(اللهِ) علم على الرب -تبارك وتعالى- المعبود
بحق دون سواه, وهو أخص أسماء الله تعالى, ولا يسمى به غيره سبحانه.(الرَّحْمَنِ) ذي
الرحمة العامة الذي وسعت رحمته جميع الخلق,(الرَّحِيمِ) بالمؤمنين, وهما اسمان من أسمائه
تعالى، يتضمنان إثبات صفة الرحمة لله تعالى كما يليق بجلاله.
Surah Al-Fatihah ini dinamakan dengan surah Fatihah, kerana al-Quran dibuka
dengan surah ini. Ia dinamakan juga dengan al mathani kerana ia dibaca dalam setiap
rakaat solat,di samping itu juga ia mempunyai nama-nama
yang lain.
Aku memulakan membaca Al-Quran dengan nama Allah s.w.t sambil memohon
pertolongan denganNYa.
( الله ) Tanda nama kepada tuhan – Yang Maha Suci
lagi Maha Tinggi – yang diperhambakan diri kepadanya dengan sebenarnya tanpa
selainNya. Perkataan Allah ini adalah nama yang khas bagi Allah. tidak boleh
akan dipanggil dengan mengunakan perkataan Allah kepada sembahan-sembahan yang
lain.
( الرحمن ) Yang memiliki sifat pemurah . Sifat Rahmat Allah ini mencakupi sekelian
makhluk .
( الرحيم ) Yang memiliki sifat pengasihani . Sifat Rahim Allah ini khas untuk
orang-orang yang beriman.
Ke dua-dua perkataan ini ( الرحمن dan الرحيم ) adalah merupakan nama-nama bagi Allah s.w.t yang mengandungi sifat rahmat bagi Allah
sebagaimana yang selayaknya dengan keagungan Allah s.w.t.
2. Segala puji tertentu
bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
)الحَمْدُ للهِ
رَبِّ العَالَمِينَ) الثناء على الله بصفاته التي كلُّها أوصاف كمال, وبنعمه
الظاهرة والباطنة، الدينية والدنيوية، وفي ضمنه أَمْرٌ لعباده أن يحمدوه,
فهو المستحق له وحده, وهو سبحانه
المنشئ للخلق, القائم بأمورهم, المربي لجميع خلقه بنعمه, ولأوليائه بالإيمان
والعمل الصالح.
( الحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِينَ ) pujian kepada
Allah s.w.t dengan menggunakan sifat-sifatNya . Sifat-sifat
Allah keemuanya adalah sifat-sifat yang sempurna. Pujian juga
kepada Allah atas segala nikmat kurniaanNya samaada nikmat yang zahir ( nampak
) atau yang batin ( tersembunyi ) juga pujiaan kepada Allah atas kurniaan
nikmat agama dan nikmat berkaitan hal keduniaan.
Dalam ungkapan ( الحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِينَ ) terkandung perintah kepada semua hambanya
supaya memuji Allah . Hanya Allah sahajalah yang berhak untuk dipuji. Ini
adalah kerana Allah yang menjadikan semua makhluk dan mentadbir urusan mereka,
mengurniakan kepada semua makhlukNya dengan nikmat-nikmat kurniaanNya .
Mengurniakan kepada semua wali-walinya ( hamba Allah ) dengan keimanan dan amal
saleh.
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
( الرَّحْمَنِ ) الذي وسعت رحمته جميع الخلق,(الرَّحِيمِ), بالمؤمنين,
وهما اسمان من أسماء الله تعالى.
( الرحمن ) Yang memiliki sifat pemurah . Sifat Rahmat Allah ini mencakupi sekelian
makhluk .( الرحيم ) Yang memiliki sifat pengasihani . Sifat Rahim Allah ini khas untuk
orang-orang yang beriman. Ke dua-dua perkataan ini ( الرحمن dan الرحيم )
adalah merupakan nama-nama bagi Allah
s.w.t
4.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
وهو سبحانه وحده مالك يوم القيامة,
وهو يوم الجزاء على الأعمال. وفي قراءة المسلم لهذه الآية في كل ركعة من صلواته
تذكير له باليوم الآخر, وحثٌّ له على الاستعداد بالعمل الصالح, والكف عن المعاصي
والسيئات.
Hanya Allah s.w.t sahaja yang menguasai hari kiamat.
Iaitu hari pembalasan terhadap semua perbuatan. Orang Islam yang membaca ayat ini di setiap
rakaat solat akan mengingatkannya terhadap hari akhirat seterusnya menggalakkannya untuk membuat
persediaan dengan melakukan ama-amal soleh serta menahan
diri dari melakukan maksiat dan kejahatan.