Maahad Tahfiz At-Tayyibah telah mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 pada 21 hingga 22 Ogos 2026 bertemakan Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati
Program ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warga maahad, di samping memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang sejarah kemerdekaan serta nilai tanggungjawab dan kecintaan terhadap tanah air.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan, antaranya nyanyian lagu patriotik, ikrar Rukun Negara, pertandingan deklamasi sajak dan pidato, melukis poster, kuiz sejarah serta Larian Kemerdekaan.
Penglibatan para pelajar bukan sahaja menceriakan suasana, malah memberi ruang untuk mereka menyerlahkan kreativiti, keberanian dan pengetahuan tentang sejarah serta identiti negara.
Program ini turut mengeratkan hubungan antara pelajar, guru dan seluruh warga maahad, sekali gus mewujudkan suasana yang ceria dan penuh semangat kebersamaan.
Semoga penghayatan terhadap Hari Kebangsaan terus menyemai rasa syukur, bangga dan cinta akan negara dalam diri para pelajar, seterusnya membentuk generasi yang menghargai sejarah, menghormati jasa pejuang dan bertanggungjawab terhadap masa depan negara.
Merahmu bara semangat,
putihmu suci,
birumu bersatu,
kuningmu daulat.
Selamat Hari Kebangsaan 2026!





















































