Careline: 03 - 89275642 / 018 - 2375891 Isnin - Jumaat: 8.00 pagi - 5.00 petang

🩺 Saringan Kesihatan: KLINIK BERGERAK SUTERA, YAYASAN AVISENA x MTT

📅 20 September 2026 (Ahad)

🕘 9.00 pagi – 1.00 petang

Alhamdulillah, MTT sekali lagi berkesempatan menerima kunjungan Klinik Bergerak Sutera, Yayasan Avisena bagi menjalankan saringan kesihatan serta menyediakan rawatan dan ubat-ubatan yang bersesuaian kepada para pelajar.

Memasuki kerjasama kali ketiga, program ini turut memberi peluang kepada ibu bapa dan penjaga untuk mendapatkan pemeriksaan dan konsultasi daripada pasukan perubatan yang hadir.

Semoga inisiatif seperti ini terus memberi manfaat dalam memupuk kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan dalam kalangan warga MTT, sekali gus mencerminkan komitmen bersama dalam menyokong kesejahteraan mereka.

“Another step together towards a healthier tomorrow.”

Bottom Ad [Post Page]