Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas penyertaan wakil Maahad Tahfiz At-Tayyibah dalam Pertandingan Pemburuan Maya STEM Forensik Peringkat Kebangsaan 2026 yang telah berlangsung pada 24 Jun 2026 (Rabu).
Pertandingan anjuran STEM UNISEL dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini merupakan program tahunan yang kini memasuki tahun ke-6 penganjurannya serta turut diiktiraf di bawah PAJSK Kebangsaan.
Bertemakan Forensik Kebakaran (Kes4P1M4R4K), pertandingan ini memberi peluang kepada peserta untuk menguji kemahiran menyelesaikan masalah melalui teka-teki, eksperimen mudah serta aktiviti berasaskan pemikiran kritikal dan kreatif.
Pertandingan secara dalam talian ini melibatkan penyertaan pelajar daripada sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi seluruh negara.
Syukur alhamdulillah, wakil Maahad Tahfiz At-Tayyibah telah berjaya memperoleh kedudukan ke-133 daripada 638 kumpulan yang bertanding, melibatkan lebih 5,000 peserta dari seluruh negara.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen sepanjang menyertai pertandingan ini. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi inspirasi untuk terus meneroka ilmu, meningkatkan kemahiran serta mencipta lebih banyak peluang pembelajaran pada masa hadapan.
Setiap peluang yang diberikan merupakan satu lagi langkah dalam membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
“Langkah Pertamamu Menjadi Seorang Ilmuwan.”
Terima kasih kepada semua ibu bapa atas doa, sokongan dan kepercayaan yang sentiasa diberikan kepada pihak sekolah dalam membimbing anak-anak.















