Majlis Wada’ Guru Praktikal IMC – Ar-Raayah, Indonesia
📅 2 Julai 2026 | Jumaat
Penutup Program Bahasa Arab
Sepanjang keberadaan di Maahad Tahfiz At-Tayyibah (MTT), para guru praktikal telah melalui pelbagai momen berharga dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam subjek Al-Quran, Bahasa Arab dan Agama Islam.
Di samping itu, turut diselitkan kenangan santai bersama warga MTT di luar bilik darjah.
Dengan ini, berakhirnya satu perjalanan namun tidak berakhir sebuah ukhuwah.
Semoga setiap detik, ilmu dan pengalaman yang dikongsikan menjadi amal yang bermanfaat dan diberkati Allah SWT.
في أمان الله – dalam lindungan Allah kalian pulang dan meneruskan perjalanan 🤍












































