📍 Tempat: Wisma Hafiz, Klang
📅 Tarikh: 4 Mei 2026
🕚 Masa: 11.00 pagi – 12.00 tengah hari
Alhamdulillah, penyertaan wakil MTT bagi daerah Sepang dari Sekolah Islam Persendirian, iaitu Humaira' Hanania binti Amir Hamzah, dalam Pertandingan Khat sempena Karnival Kemahiran Amal Islami (KAMIL) anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah berjaya meraih Naib Johan.
Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat, memupuk keyakinan diri serta menghayati nilai-nilai Islam melalui acara yang dipertandingkan.
Pihak kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada para peserta. Kami mengharapkan doa daripada semua pihak agar para peserta yang terlibat terus diberikan kekuatan untuk memberikan saingan terbaik serta mencapai kejayaan yang lebih membanggakan pada masa akan datang.
Semoga usaha ini dapat melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan berdaya saing, di samping terus memperbaiki diri serta melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan 🤲✨




