Alhamdulillah, aktiviti gotong-royong MTT telah berjaya dilaksanakan dengan baik.
Setiap unit telah diberikan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan proses pembersihan dapat dijalankan secara teratur dan menyeluruh di kawasan utama maahad, termasuk surau, asrama, kelas-kelas serta bilik guru, dalam keadaan lebih kemas dan kondusif.
Aktiviti ini bukan sahaja bertujuan untuk menjaga kebersihan fizikal, tetapi juga memupuk nilai tanggungjawab, kerjasama dan disiplin dalam kalangan warga maahad.
Semoga usaha kecil ini memberi impak yang bermakna dalam mewujudkan persekitaran pengajaran, pembelajaran dan pengurusan harian yang lebih selesa, bersih dan teratur untuk semua.







