Careline: 03 - 89275642 / 018 - 2375891 Isnin - Jumaat: 8.00 pagi - 5.00 petang

MTT Bersama Komuniti Orang Asli

MTT Bersama Komuniti Orang Asli Kampung Sungai Buah, Selangor

Alhamdulillah, pada malam 25 Ramadan, Maahad Tahfiz At-Tayyibah (MTT) telah berkesempatan mengadakan program bersama komuniti Orang Asli dalam suasana yang penuh kesederhanaan namun bermakna.

Program ini dimulakan dengan solat berjemaah bersama penduduk setempat, sebagai usaha menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan dengan amalan ibadah serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga MTT dan komuniti di sana.

Selain itu, pihak MTT turut menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak dan penduduk kampung sebagai tanda keprihatinan serta perkongsian rezeki.

Program ini memberi makna yang besar dalam membina ukhuwah, menyemai kasih sayang dan mendekatkan hati sesama insan.

Semoga usaha ini menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan dan membuka lebih banyak ruang untuk MTT terus menyantuni masyarakat pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

“Bersama Membina Generasi Al-Quran”

Bottom Ad [Post Page]