Careline: 03 - 89275642 / 018 - 2375891 Isnin - Jumaat: 8.00 pagi - 5.00 petang

SEMINAR PENGURUSAN INSTITUSI TAHFIZ CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN 2026

Alhamdulillah, Seminar Pengurusan Institusi Tahfiz Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2026 telah berlangsung dengan jayanya.

Program ini menghimpunkan lebih 400 orang Mudir dan Timbalan Mudir institusi tahfiz dari dalam dan luar Negeri Selangor, menjadikannya satu platform penting dalam memperkukuh jaringan, perkongsian ilmu serta penyelarasan hala tuju institusi tahfiz di peringkat nasional.

Maahad Tahfiz At-Tayyibah turut berbesar hati menjadi sebahagian daripada seminar berprestij ini dengan penyertaan dua orang wakil rasmi, iaitu Ustazah Amirah Husna binti Ja’afar dan Ustazah Nur Ain Nuha binti Mohamed Fakarudin. Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan Maahad Tahfiz At-Tayyibah dalam memperkasa tadbir urus institusi tahfiz yang lebih profesional, berintegriti dan lestari.

Perkongsian Utama Seminar

  • Slot 1: Tadbir Urus Institusi Tahfiz Cemerlang
  • Slot 2: Pengurusan Hafazan Al-Quran Sistematik
    Disampaikan oleh Profesor Madya Dr Muhammad Hafiz bin Saleh, Naib Presiden Permata Al-Quran merangkap Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia.
  • Slot 3: Penaziran JAIS & Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia (JAKIM)
  • Slot 4: Menangani Kes Sivil dan Jenayah di Institusi Pendidikan
  • Slot 5: Perkongsian Amalan Terbaik Institusi Tahfiz Cemerlang (Best Practice)
  • Slot 6: Keberlanjutan Institusi Tahfiz (Sustainability) – Ekonomi & Ketahanan

Intipati dan Pengisian Bermakna

Antara pengisian penting yang dikongsikan dalam seminar ini termasuklah penekanan terhadap kualiti guru dan pengurusan pendidikan tahfiz yang berimpak tinggi.

“Jadilah guru yang paling bermanfaat dan dicintai Allah”
Rasulullah ﷺ bersabda:

أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ
“Mereka yang paling dicintai oleh Allah ialah yang paling memberi manfaat kepada manusia.” (HR al-Tabarani)

Rasulullah ﷺ juga bersabda:

وَأَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى سُرُورٌ تُدْخِلُهُ عَلَى مُسْلِمٍ
“Amalan yang paling dicintai oleh Allah ialah menggembirakan seorang Muslim yang lain.” (HR al-Tabarani)

Selain itu, turut diketengahkan juga teori dan kaedah hafazan Al-Quran secara sistematik, keselamatan institusi pendidikan sebagai zon selamat, serta checklist pematuhan undang-undang dan keselamatan sekolah yang merangkumi SOP bertulis, prosedur aduan rasmi, rekod insiden, dan audit tahunan.

Seminar ini diharapkan menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh pengurusan institusi tahfiz yang lebih tersusun, selamat dan mampan.

Semoga segala perkongsian ilmu dan pengalaman dalam seminar ini menjadi asbab keberkatan, manfaat, serta lonjakan kecemerlangan buat Maahad Tahfiz At-Tayyibah (MTT) khususnya, dan seluruh institusi tahfiz di Malaysia amnya.

Doakan agar kami terus istiqamah dalam memartabatkan pendidikan Al-Quran demi melahirkan generasi huffaz yang berkualiti untuk masa depan ummah 🤲

Bottom Ad [Post Page]