Alhamdulillah, hari ini beberapa maahad termasuk Maahad Tahfiz At-Tayyibah telah menerima jemputan daripada KLIA Professional and Management College untuk memberi pendedahan kepada murid tentang perjalanan bidang dan pengkhususan yang boleh diambil selepas memperoleh keputusan peperiksaan SPM.
In shaa Allah, perkongsian hari ini dapat membuka mata para murid dalam membina kerjaya mereka pada masa hadapan. Usaha ini juga mendapat saranan daripada YBhg. Dato’ Tajudin, Pengerusi PITAS, serta disokong dengan sumbangan dan perkongsian bermanfaat daripada pihak kolej.