Careline: 03 - 89275642 / 018 - 2375891 Isnin - Jumaat: 8.00 pagi - 5.00 petang

🎓 Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Ke-12 MTT 2025

Tarikh: Jumaat, 25 Julai 2025
Masa: 7.00 malam – 11.00 malam
Tempat: Surau Maahad Tahfiz At-Tayyibah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan penuh kesyukuran, Maahad Tahfiz At-Tayyibah telah berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Ke-12 MTT bagi tahun 2025 yang berlangsung di surau Maahad. Majlis ini diadakan bagi meraikan pencapaian para pelajar dalam bidang hafazan, akademik dan sahsiah.

🎉 Antara yang diraikan:

  • Pelajar Khatam al-Quran
  • Penerima Anugerah Akademik Cemerlang
  • Tokoh Pelajar MTT 2025
  • Pencapaian Cemerlang SPM

Majlis turut diserikan dengan tayangan dan persembahan istimewa daripada pelajar banin dan banat, selain penyampaian anugerah oleh Ustaz Ja'afar, Ustaz Rosdi serta ahli Lembaga Maahad.

Pihak maahad merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menjayakan majlis ini secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga segala usaha dan kerjasama yang diberikan diterima dan diberkati oleh Allah SWT.

Majlis ini turut ditaja oleh Hospital Islam Az-Zahrah, Bangi sebagai penaja rasmi program. Pihak maahad mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan sumbangan yang diberikan.

Jazakumullahu khairan.

Bottom Ad [Post Page]