Pada 28 Mei 2025, Maahad Tahfiz At-Tayyibah telah mengadakan Sambutan Hari Guru bagi menghargai jasa tenaga pengajar yang berdedikasi dalam mendidik dan membimbing anak-anak tahfiz menjadi insan berilmu.
Majlis disambut dalam suasana penuh meriah dan gelak tawa. Antara aktiviti menarik yang menceriakan sambutan kali ini termasuk:
- “Beradu Lengan”
- “Barista Buta”
- Persembahan pelajar
- Tayangan khas
- Penyampaian hadiah
Majlis ini bukan sahaja menjadi ruang penghargaan buat mereka, tetapi turut memperkukuh hubungan erat keluarga MTT.
Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik MTT. Teruskan mendidik dengan hikmah dan kasih sayang, demi membentuk generasi pewaris al-Quran yang berakhlak rabbani.