Careline: 03 - 89275642 / 018 - 2375891 Isnin - Jumaat: 8.00 pagi - 5.00 petang

🎓 Majlis Penganugerahan SPPID 2025 di USIM

Nilai, 29 Jun 2025 – Alhamdulillah, seramai 10 pelajar Maahad Tahfiz At‑Tayyibah telah menyertai Majlis Penganugerahan Sijil Profesional Pengurusan Institusi Dakwah (SPPID) 2025, yang berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Majlis ini merupakan simbol kejayaan Program TVET untuk pelajar tahfiz, hasil kerjasama Yayasan Taqwa MAIWP, Pertubuhan Penggerak Huffaz Berkemahiran, UniMAP, dan Akademi Penggerak Huffaz Selangor. Seramai 21 pelajar tahfiz daripada Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah berjaya menamatkan latihan selama enam bulan dalam bidang pengurusan masjid, aplikasi komputer dan latihan lapangan di lima masjid terpilih.

Majlis disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Yusof bin Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa MAIWP, yang turut menyampaikan cek cura bantuan rasmi kepada Dato’ Ahmad Tajudin bin Jab, Pengarah Program SPPID.

Turut hadir, Prof. Madya Ts. Dr. Nasrul bin Hamidin, Pengarah PDCE UniMAP@KL.

Antara pelajar Maahad Tahfiz At‑Tayyibah yang terlibat:

  1. Muhammad Aeron Nafis bin Mohd Khairun Naim
  2. Mohamad Aliff Rizqi bin Mohd Fadley
  3. Muhammad Rafiq Fakhry bin Mohd Farid
  4. Muhammad Rayyan Hasif bin Izzatfithri Aminy
  5. Muhd Anas Mustaqim bin Mohd Affandey
  6. Yasser Ramadzhan bin Hasanuddin
  7. Muhammad Syamil Affandi bin Abdul Malik
  8. Muhammad Taufiq Irfan bin Alaudin
  9. Muhammad Affan Mohd Kharullah
  10. Ahmad Iman Zafran bin Mohd Haizil

Semoga penyertaan ini menjadi langkah permulaan dalam melahirkan huffaz berkemahiran yang bukan sahaja mahir dalam al‑Quran, tetapi juga mampu memimpin masyarakat dan mengurus institusi Islam secara profesional.

#YayasanTaqwaMAIWP #SPPID2025 #PenggerakHuffaz #TahfizBerkemahiran #MaahadTayyibah #TVETIslamik #PemimpinMuda #DakwahKontemporari #HuffazProfesional #KitaSantuni

Bottom Ad [Post Page]